Terima kasih daun keladi, silalah bertamu lagi.. Novel , akan datang: Disember 2010

Terima kasih daun keladi, silalah bertamu lagi..  Novel , akan datang: Disember 2010
Sudah terbit Feb 2011

Promo Cinta Sikunang-kunang

Lokasi cinta: Bukit Mertajam (seberang perai),Melaka, New York dan Toulouse (Perancis) Petikan hanya 1/2 bahagian sahaja.
Promo Pengenalan.
Promo Bab 1 Intan Irdina : aku adalah Irdina.(petikan 1-3) Ditamatkan di tempat /situasi yang sama.
Promo Bab 2 Kapten Adam Farqis: aku adalah Adam..Ditamatkan dengan tempat/situasi yang sama.
Promo Bab 3:aku adalah Intan Adeena. Ditamatkan dengan situasi/tempat yang sama..
Promo Bab 4:permulaan bab yang baru. Tiada gantinama 'aku' lagi... (bahagian 1 sahaja)
Promo Bab 5. Cerita mama... (bahagian 1 sahaja)
Promo Bab 6: bahagian 1 sahaja
Promo Bab 7: Bahagian 1 sahaja
Promo Bab 8: Bahagian 1 sahaja
Promo Bab 9: Bahagian 1 sahaja
Promo Bab 10: Bahagian 1 sahaja
Bab Ending.. Bab 10 : Bahagian 9 : akhir bab..
Pendapat pembaca: Lihat Reviews Pembaca.

Followers

Ruang Komentar.. Terima Kasih atas komen/soalan anda..

Thursday, January 6, 2011

Promo, bab 1,pengenalan

BAB 1 : INTAN IRDINA BINTI IDRIS @ INTAN
1
“Intan pasti Intan sudah memikirkan pilihan Intan ini masak-masak?” Pertanyaan ibu mengasak fikiran aku. Aku mengangguk pasti.
“Ini soal hidup Intan sendiri. Ibu tak mahu mengganggu keputusan yang Intan tentukan. Intan buatlah keputusan yang bijak. Ibu akan menyokong sesiapa sahaja lelaki yang menjadi pilihan Intan,” janji ibu melegakan aku. Aku pasti jawapan ibu ada kaitannya dengan pilihan hidupku yang telah aku bisikkan kepada ibu sebentar tadi.

Aku melihat lagi gambar lelaki yang sudah lama bertakhta di hatiku, dan segera melepaskan nafas lega. Setelah lama berteka-teki sendirian di hati, akhirnya aku dapat membuat keputusan dengan pasti. Aku sudah memperoleh jawapan hatiku sendiri. Sebulan aku memikirkan kelebihan setiap seorang daripada mereka, tetapi aku akhirnya akur dengan jawapan dan telahan hatiku. Aku memilihnya bukan kerana kelebihan dirinya, tetapi kerana aku menyintai dia. Akan aku khabarkan kepadanya berita gembira ini, bahawa aku sudah nekad untuk seumur hidupku berkongsi hidup dengannya. Dan aku juga akan segera mengkhabarkan kepada dua lelaki lain yang aku akan menganggap mereka sebagai teman baik seumur hidupku. Mereka sememangnya telah banyak berjasa terhadap hidupku tetapi jawapan hatiku telah memilih dia untuk berkongsi kasihku. Selamanya.


Pertama, Kapten Adam Falqis,


Aku segera mengintai gambar Adam di dalam albumku, tersenyum sendiri. Hujan gerimis di luar tingkap segera membawa kenangan silam, membawa aku kembali ke saat-saat manis bersama Adam Falqis. Alangkah indahnya kenangan bersama juruterbang ini. Mengarak kenangan terakhir di Umbai Baru, di Perkampungan PIBT, Melaka seolah membakar kembali memori yang sudah lama berkarat di dadaku. Dan betapa lelahnya melihat Adam terbaring kaku di katilnya di Hospital Sungai Buloh, seolah juga merentap ritma jantungku agar berhenti berpalu. Dan anehnya, seolah mukjizat cinta yang berlaku, arus lintang menghidupkan kembali RAS pada minda Adam agar bangun kembali menghangatkan cinta, biar pun ketika itu, jarak cinta mereka dipisahkan dengan Adam yang bergelar suami kepada Adeena. Akhirnya Adam, kita akan bersama juga, terikat seumur hidupku.

Kedua, Dzar Sallehhuddin,

Mengintai album lagi, gambar-gambar indah di kemuncak Gunung Kinabalu bersama Dzar Sallehhuddin seolah menggamit kenangan abadi yang tidak akan kering tarikannya. Mana mungkin ada lelaki yang akan menggembirakan hatiku seperti dia. Dia yang berjaya mengembalikan semangatku yang ‘mati’ akibat kecewa dalam percintaan. Dia yang mengajar aku kembali bertatih, menginjak memori manis, mengutip kenangan yang hangat, sehangat cahaya mentari yang memancar dari kemuncak Gunung Kinabalu. Dia yang menyejukkan sukma di saat hatiku gundah kelana, seperti disapa angin mesra di Gunting Lagadan Hut. Warna-warna megah, cerah seindah pelangi seolah lagu mesra yang menghidupkan semangatku kembali. Dan lelaki ini, Dzar, aku terhutang budi kepadanya. Budinya itu membuatkan aku berhutang kasih kepadanya.



Ketiga, Andrea Duilio Faustino @ Adi Faris

Gambar daripada album bercatat ‘New York’ ditatap lagi. Gambar-gambar yang dirakamkan bersama Olis dan Andrea Duilio Faustino di Central Park, Madison Square, Lincoln Square di New York meruntun jiwaku lagi. Inilah kali pertama aku melihat sambutan hari Natal secara besar-besaran di New York. Melihat warna warni alam, secerah lampu-lampu neon dan bunga-bunga api, gemercikan cahaya, menyinarkan lelangit New York yang begitu asing kepadaku pada ketika itu. Andrea, pemuda Itali yang suka memandang sayu kepadaku sering membuatku terasa malu dan tersipu. Anehnya pandangannya bertukar sepi setelah aku pulang kembali ke Malaysia. Memori yang aku cipta di sana seolah hanya menghangatkan api memori kami yang kesejukan mengharungi musim dingin di New York.


Tiga lelaki ini benar-benar mencabar keutuhan hatiku. Aku hanya berhak memilih satu daripadanya untuk menemani hari tuaku. Semuanya benar-benar benar-benar menguji kesetiaan hatiku terhadap jiwa ‘Adam’ yang mengetuk hati ‘Hawaku’. Aku sedari, aku tidak lagi membuat pilihan yang salah untuk memilih dia, hanya dia. Noktah.

No comments:

Post a Comment