Terima kasih daun keladi, silalah bertamu lagi.. Novel , akan datang: Disember 2010

Terima kasih daun keladi, silalah bertamu lagi..  Novel , akan datang: Disember 2010
Sudah terbit Feb 2011

Promo Cinta Sikunang-kunang

Lokasi cinta: Bukit Mertajam (seberang perai),Melaka, New York dan Toulouse (Perancis) Petikan hanya 1/2 bahagian sahaja.
Promo Pengenalan.
Promo Bab 1 Intan Irdina : aku adalah Irdina.(petikan 1-3) Ditamatkan di tempat /situasi yang sama.
Promo Bab 2 Kapten Adam Farqis: aku adalah Adam..Ditamatkan dengan tempat/situasi yang sama.
Promo Bab 3:aku adalah Intan Adeena. Ditamatkan dengan situasi/tempat yang sama..
Promo Bab 4:permulaan bab yang baru. Tiada gantinama 'aku' lagi... (bahagian 1 sahaja)
Promo Bab 5. Cerita mama... (bahagian 1 sahaja)
Promo Bab 6: bahagian 1 sahaja
Promo Bab 7: Bahagian 1 sahaja
Promo Bab 8: Bahagian 1 sahaja
Promo Bab 9: Bahagian 1 sahaja
Promo Bab 10: Bahagian 1 sahaja
Bab Ending.. Bab 10 : Bahagian 9 : akhir bab..
Pendapat pembaca: Lihat Reviews Pembaca.

Followers

Ruang Komentar.. Terima Kasih atas komen/soalan anda..

Friday, November 4, 2011

Cinta Sikunang-kunang, kini dalam bentuk Digital/e-novel.


Penulis   Nora Fuad
Kategori   Romantik
ISBN   978-967-0285-27-6
Harga   RM10.99
Saiz Fail   1.31 MB
Penerbit   KarnaDya Solutions Sdn Bhd

KIni dalam bentuk e-novel, Sila link kepada Link NOVEL CINTA-SIKUNANG-KUNANG.

Tuesday, September 6, 2011

Sales di karnaDya

KarnaDya Solutions sedang mengadakan Jualan Gudang sempena Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung. Setiap buku-buku terbitan kami akan diberikan diskaun sebanyak 45% daripada harga asal. Jualan gudang ini terbuka kepada semua dan akan berakhir pada 5 Oktober 2011 (tunai sahaja).

Datanglah beramai-ramai ke premis kami untuk mendapatkan buku-buku terbitan kami pada harga istimewa:

KarnaDya Solutions Sdn Bhd,
No 12,Jalan BP 6/6,
Bukit Puchong Commercial Centre,
47100 Puchong, Selangor.
Hari: Isnin-Jumaat
Masa: 9.30 pagi – 5.30 petang.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di 03-80684763.

Sila war-warkan jualan gudang ini kepada yang lain-lain agar anda semua tidak terlepas peluang keemasan ini!

Monday, June 13, 2011

Novel Travelog VS Novelog


Istilah Novelog  adalah merujuk lebih kepada novel yang mempunyai  catatan lengkap peta, arah tuju, fakta, catatan, info, kadar tukaran wang, tips perjalanan dan lain-lain. Novelog bukan buku catatan perjalanan tetapi ada cerita, ada plot, perkembangan watak dan sebagainya. Pendek kata, ada penceritaan yang lebih menujukkan latar dengan terperinci.

Istilah atau kategori travelog pula merujuk kepada pengalaman sebenar pengarang sama ada dari segi pengalaman, atau pengembaraan perjalanan atau hidup penulis.

  Novel saya: Rasa rasa istilah yang tepat adalah Novelog... Di dalamnya mengandungi keperincian tempat-tempat pilihan, dan ianya merupakan hasil ciptaan saya bukannya pengalaman sebenar saya!


CINTA SIKUNANG-KUNANG:  NEW YORK, KOTA KINABALU, GUNUNG KINABALU, TOULOUSE, (PERANCIS) MELAKA, JOHOR BHARU,BANDAR TUN RAZAK, MACHANG BUBOK.

Sunday, May 29, 2011

Tanggungjawab sosial sebagai penulis

Pendapat di bawah adalah pendapat saya sendiri, tiada tujuan untuk menyebut dan membandingkan dengan mana-mana penulis pun. Penulisan ini tidak bertujuan untuk menghina, mengapikan atau memperlekehkan novel atau tulisan sesiapa pun. Tulisan ini hanya menyentuh tanggungjawan sosial yang menjadi pendirian saya sendiri! Saya harapkan tulisan saya ini tidak dikaitkan dengan mana-mana penulis pun!


Kata-kata seorang teman saya membuatkan saya kurang senang hati. Katanya, "Kenapa tak menulis seperti ..." Penulis yang dia maksudkan adalah seorang penulis yang sudah lama menulis. Tulisannya saya sendiri, tidak membaca kerana kurang senang dengan bahasa berbau '.L..' yang tidak saya sukai. Saya katakan, "saya adalah saya sendiri. Tidak mahu mengikut, meniru orang lain. Dan saya tidak akan sesekali menjadi dia."

Kepada diri saya, saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tulisan saya. Saya bertanggungjawab dalam menulis bagi setiap novel saya. Jika saya menciplak, meniru karya orang lain, saya bukan sahaja bersalah terhadap kesalahan meniru atau menciplak,iaitu kesalahan daripada aspek undang-undang penulisan, tetapi hukumnya 'berdosa' mencuri hasil karya orang lain.

Apatah lagi menggunakan perkataan-perkataan yang berunsur "L" dan berbau gatal a.k.a miang. Saya sentiasa meletakkan diri saya sebagai pendidik yang sudah berbelas tahun berkhidmat. Adakah saya tidak pelru merasa malu apabila murid-murid sayamembaca novel saya yang berbau 'L" atau miang a.k.a gatal. Jawapannya, "Oh tidak." Anak saudara saya yang sulung sudah berusia 18 tahun (adik perempuan saya berkahwin dalam usia muda) dan ramai lagi anak-anak buah saya yang sudah mencecah belasan tahun, semuanya berjumlah 12 oran (termasuk yang masih bayi) dan mereka ini akan terus membesar. Membayangkan mereka yang akan membaca karya saya, dan buku saya mengandungi unsur-unsur memalukan! Aduh! Tolong! Bagaimana kita mahu mendidik mereka dengan unsur-unsur agama dan sosial yang baik, jika kita sendiri menggunakan unsur-unsur yang salah. ketam tidak akan mampu mengajar anak-anaknya berjalan betul!

Pendidikan Islam dan tulisan berunsur islam tidak terhad kepada novel atau buku-buku Islamik sahaja. Saya merasakan sudah sampai masanya kita memwara-warakan unsur keindahan agama Islam dalam tulisan kita supaya keindahan ini akan disedari oleh masayarakat Islam sendiri khasnya, dan masyarakat lain amnya. Saya akan cuba memasukkan unsur ini dengan harapan ianya akan mengingatkan diri saya sendiri dan pembaca dengan keindahan agama Agung kita sendiri.

Maklumlah sebagai manusia biasa, kita perlu disedarkan sentiasa dengan agama kita. Dalam buku pertama saya, Dimensi Cinta, maklumlah, saya baru pertama kali menulis, saya tidak memasukkan unsur sains dalam Islam, begitu juga novel kedua, CSKK, dan juga ketiga, walaupun mengandungi unsur agama, saya tidak juga memasukkan unsur Sains dalam Islam. Kealpaan saya yang menjadikan kesalahan begitu! Pu begitu, saya merasakan saya tidak lupa mengangungkan keindahan dan keagaungan ALLAH dalam menjadikan alam maya ini! Subhanallah!

Insya_Allah dalam novel ke4, yang masih dalam projek, saya akan memasukkan unsur sains dalam Islam. Alangkah cantiknya agama ini, walaupun dalam hal yang nampaknya remeh (kecil) seperti mengangkat wuzuk terkandung kelebihan yang mewah dan besar! Saya berharapkan semua info ini akan memberikan kelebihan kepada pembaca. Semoga apa yang saya persembahkan akan diterima Allah. Hal ini merupakan dakwah saya sebagai umat Islam.
Walaupun saya suka menonton wayang dan televisyen, saya bersikap 'anti' terhadap lakonan yang melampau, contohnya pegangan tangan suami steri (dalam filem) maklumlah, mereka bukannya mempunyai hubungan yang sah. Dalam novel, saya kira sekiranya suami isteri, setakat berpegang tangan, dibenarkan. Itupun, tidak perlulah bercerita hal-hal yang sulit seperti ciuman etc! Naik seram membaca buku-buku/novel yang mempunyai elemen-elemen ini! Biarlah sahaja penulis-penulis Barat yang tidak mempunyai sekatan agama dan sosial melakukan sedemikian. Jagailah tatasusila kita sebagai seorang penulis Islam. Tetapi kadangkala pembaca ini juga pelik, kalau tidak ada unsur-unsur begitu, tidak juga mahu membacanya atau dikategorikan sebagai 'Menghampakan'... Saya kira, biarlah dengan label begitu asalkan tulisan itu tidak mendatangkan unsur 'menjelekkan' daripada segi agama dan sosial.

Pendek kata, apa sahaja yang saya tuliskan, semuanya terhitung di bahu saya sendiri. Dan jika saya alpa, tolong ingatkan saya!

Promosi bergerak

  Selalu juga saya ke kedai buku, salah satu tempat kesukaan saya. Meninjau juga kalau-kalau novel-novel saya ada di situ.. (he he) Kebiasaan penulis agaknya.. (saya tak pasti dengan penulis lain) Ada di antara kawan-kawan saya siap mempromosi bergerak kepada kawan-kawan yang lain. Terima kasih daun keladi. Saya! Oh tidak! kalau di majlis orang lain, tak kan lah pulak sibuk mahu promosi merata-rata tempat.. he he

    Promosi di blog tidak akan mengganggu orang lain kan... kalau suka baca, bacalah. Kalau tidak suka, boleh tinggalkan entri. Tiada paksaan, dan rasa pening kan?

    Agaknya perlu cari promoter bergerak ramai lagi.. he he


Thursday, April 28, 2011



Penanda Buku untuk anda, PWTC, 1 Mei 2011..Hall 3. KarnaDya. Sila masuk melalui pintu di sebelah kiri sekali, terus sehingga bertemu Booth Sasbadi (karnaDya berada di belakang booth Sasbadi) mulai jam 11- 3 petang.

Friday, April 22, 2011

Jom bertemu ! Mei 2011

Pesta buku datang lagi. Pada tahun ni saya akan berada di both Karnadya, berlokasi Dewan Tun Razak 3: A49-A51 dan A70-A72 PWTC pada 1 Mei 2011.

Wednesday, April 13, 2011

Usrah bersama Dato Dr Fatimah Al Zahraa

Meriah sekali sambutan usrah di rumah Datin Fieza. Keriuhan bersarapan ‘pot luck’ bersama merupakan ikatan persaudaraan yang tepat sekali, berjaya dipamerkan di ruang banglo ini. Khemah makanan yang dipasangkan di luar rumah disediakan bagi mengisi pelbagai jenis makanan yang dibawa oleh tetamu-tetamu yang datang untuk mendengar usrah Dato’ Dr Fatimah Al-Zahraa. Segera Di dan ibunya diperkenalkan dengan penceramah.

“Dato’, kenalkan ini menantu baru saya, Intan Adeena. Ini besan saya, Siti Sarah.” Mereka segera bersalaman dengan tokoh tersohor itu.

“Minta maaflah, hari itu saya tak dapat menghadiri majlis perkahwinan Adam dan Deena. Kebetulan masa itu, kami sekeluarga pulang ke Mesir menghadiri majlis keluarga saya di sana.” Ucapan yang dipertuturkan Dato’ Dr Fatimah jelas menunjukkan kesopanan dan keramahannya, sesuai dengan usrah yang selalu diucapkannya. Orang Islam mestilah sopan, ramah dan jangan meninggi diri. Ternyata sekali tokoh ini mempraktikkan dengan jelas usrah yang selalu dinyatakannya.

“Tak mengapalah Dato’. Yang penting, hari ini kita dapat bersama lagi. Dato’ patut rasa kek keju menantu saya ni. Dia buat sendiri.” Segera Datin Zurina membawa Dato’ Dr Fatimah ke meja utama lagi, mengambil sepotong kek keju. Di tersenyum sendiri, malu-malu. Ibu dan Di segera mengikuti Datin Zurina ke meja utama.

Segera mereka membondong-bondong masuk menuju ke ruang utama di mana usrah akan dimulakan pada jam sembilan pagi. Dalam usrahnya hari ini, tokoh agama tersohor ini akan membincangkan keberkatan Surah Yaasin.

Ustazah Dato’ Dr Fatimah al-Zahraa segera menjelaskan bahawa ayat pertama Surah Yassin sehingga ayat sembilan boleh digunakan untuk perlindungan diri.

“Ayat 12 pula merupakan jantung al-Quran yang sepatutnya dihafal oleh setiap muslimim. Seperti juga jantung manusia, ayat ini menjadi jantung yang menggerakkan kefahaman kita terhadap al-Quran,” terang Dato’ Dr Fatimah. Para tetamu semuanya kelihatan tekun mendengar penjelasan Dato’ sambil merujuk kepada terjemahan al-Quran atau terjemahan Surah Yassin. Setiap ayat daripada Surah Yaasin dikupas dengan berkesan. Sesudah usrah tamat, mereka segera mengambil air sembahyang untuk menunaikan sembahyang Zuhur secara berjemaah.

Budaya Portugis yang mempersona.


Kepelbagaian rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa menjadikan negara kita cukup unik. Melihat ke sudut pandangan keunikan tarian dan sambutan meraikan bangsa lain menjadikan saya seronok untuk mempamerkan keunikan tarian Portugis semasa majlis perkahwinan perkahwinan teman Intan...


Petikan:

Kemuncak persembahan, Tarian Portugis bernama Branyo dan Farapeirra diumumkan oleh pengacara majlis menghiasi padang di sisi khemah pengantin. Pakaian yang didominasikan warna merah, hitam dan putih yang dipakai oleh penari cepat menangkap deria penglihatan mereka.

“Baju penari lelaki tu dipanggil Balero, ada waist coat berenda dan bersusun dengan motif bunga, seluarnya mesti ketat, biasanya berwarna hitam serta bergaris di tepinya,” bisik Intan perlahan. Mata mereka merenung pakaian penari perempuan dan lelaki di hadapan mereka. Penari wanitanya pula memakai skirt kembang hitam mencecah ke paras lutut, berstoking putih juga ke paras lurut, jelas menunjukkan ketertiban dan kesopanan pemakai. Skirt dilengkapkan dengan pemakaian blaus berenda. Di kepala penari wanitanya memakai berskaf sementara penari lelaki memakai topi kecil.

“Alat muzik yang dimainkan pula adalah gitar dan tamborin.” Intan membisikkan lagi ke telinga Hill.

“Pandainya you, tahu pulak semua tu.”

“Kan yang plan semua ni untuk Cat. You tak ingat ke, dulu kan I pernah terlibat dengan Kebudayaan Melaka sebagai rakan kongsi Datin Ruby, jadi I hubungi sahaja pegawainya.”

“Oh ya. Nanti you pun boleh rancangan persembahan yang menarik untuk I juga kan?”

“Boleh Hill, tak ada masalah. Masalahnya sekarang cuma you kenalah carikan pengantin lelakinya dulu.”

“Hey. Nakalnya you ni,” Jari manis Hill segera mencucuk di sisi pinggang Intan, berderai ketawa mereka berdua.

Malam yang dingin, cahaya rembulan pula agak terang, menyinari segenap alam. Padang rumput seolah mengeluarkan bauan rumput yang menyegarkan malam, tatkala embun jantan mulai menitik. Hadirin lain sudah lama melangkah pulang ke destinasi masing-masing. Intan dan Hill masih melekap di tempat duduk masing-masing,menanti saat giliran mereka berpeluang meluangkan masa bersama Cat. Akhirnya selepas agak lama juga berada dalam keserahan, Cat menuju ke tempat duduk mereka.

Congratulations friend.” Mereka berdua bangun bergilir-gilir memeluk rakan mereka ini.

“Thanks for coming . It really means a lot to me.

“Don’t mention it, Cat. Kalau kami tak datang, ada yang menangis.” Intan ketawa sambil menutup mulutnya.

“Ini hadiah daripada kami berdua,” segera Hill menghulurkan kad ucapan daripada mereka berdua. Kad yang bergam rapat itu sebenarnya mengandungi wang sebanyak RM 500, pemberian daripada mereka berdua. Intan yang mencadangkan agar mereka berkongsi membelikan wang saguhati sebagai cenderamata bagi menggantikan hadiah-hadiah perkahwinan biasa yang biasanya dihadiahkan kepada pengantin. Logiknya kata Intan, nanti ramai sangat yang akan menghadiahkan pinggan, cawan atau pun hadiah-hadiah lain yang tidak membawa erti kepada pasangan pengantin yang akan memulakan hidup baru. Dengan wang itu, biarlah Cat dan Dan sendiri yang akan menentukan ‘hadiah’ sebenar yang mereka mahukan.

“Cat, nanti jangan nakal tau. Biar nama je Cat, jangan jadi ‘cat’. Jangan berbunyi macam kucing betina dan jantan yang mengurat pasangan tau. Nanti semua orang kecoh.” Intan mengusik sambil ketawa lagi. Di sebalik ketawanya dia menyimpan luka hatinya yang amat pedih. Dengan rasminya hari ini, dia sudah kehilangan Adam buat selama-lamanya.

“You ni Intan. Eh, happy birthday. Hadiah you I dah poskan tau,” cepat-cepat Hill menukar tajuk baru perbualan mereka.

“Eh, terima kasih. Ingat juga you dengan hari jadi I. Ingatkan dah dapat mambang, tak ingat lagi.” Intan masih lagi berselindung perasaan hatinya.

“Tahniah Cat.” Intan bangun lagi dan memeluk temannya Cat. Tanpa dapat ditahan lagi, air matanya mengalir deras. Dia teresak-esak dalam pelukan hangat Cat.

“Intan, kenapa ni. I tak rasa you menangis hanya sebab I dah berkahwin. Kenapa dengan Intan ni, Hill?”

“Hmm, Adam…,” perkataan yang sepatutnya diluah bagai tergamam di kerongkong Hill. Dia tidak sanggup meneruskan kata-kata yang pasti bakal melemaskan perasaan Intan lagi.


.......................