Terima kasih daun keladi, silalah bertamu lagi.. Novel , akan datang: Disember 2010

Terima kasih daun keladi, silalah bertamu lagi..  Novel , akan datang: Disember 2010
Sudah terbit Feb 2011

Promo Cinta Sikunang-kunang

Lokasi cinta: Bukit Mertajam (seberang perai),Melaka, New York dan Toulouse (Perancis) Petikan hanya 1/2 bahagian sahaja.
Promo Pengenalan.
Promo Bab 1 Intan Irdina : aku adalah Irdina.(petikan 1-3) Ditamatkan di tempat /situasi yang sama.
Promo Bab 2 Kapten Adam Farqis: aku adalah Adam..Ditamatkan dengan tempat/situasi yang sama.
Promo Bab 3:aku adalah Intan Adeena. Ditamatkan dengan situasi/tempat yang sama..
Promo Bab 4:permulaan bab yang baru. Tiada gantinama 'aku' lagi... (bahagian 1 sahaja)
Promo Bab 5. Cerita mama... (bahagian 1 sahaja)
Promo Bab 6: bahagian 1 sahaja
Promo Bab 7: Bahagian 1 sahaja
Promo Bab 8: Bahagian 1 sahaja
Promo Bab 9: Bahagian 1 sahaja
Promo Bab 10: Bahagian 1 sahaja
Bab Ending.. Bab 10 : Bahagian 9 : akhir bab..
Pendapat pembaca: Lihat Reviews Pembaca.

Followers

Ruang Komentar.. Terima Kasih atas komen/soalan anda..

Monday, March 28, 2011

Terjatuh telefon dan tercabut sim. Logikkah?

Terdapat satu 'adegan' di mana telefon Intan Irdina terjatuh dan simnya terjatuh/terkeluar daripada phone. Dia yang tidak terperasankan situasi itu, sekadar meletakkan kembali bateri dan penutup belakang telefonnya, dan membawa phonenya bersama untuk ber'gerak' menaiki bas ke Kulim. Di atas bas, barulah dia terperasankan telefonnya yang tiak mempunyai signal. Apabila diperiksa barulah dia terperasankan sim kad yang tidak berada di dalam telefonnya.

Ada pembaca yang bertanya, logikkah phone yang terjatuh sehingga menyebabkan kad sim tercabut. Jawapan saya logik sangat-sangat! Adegan sebenar yang terjadi menjadikan saya mendapat ilham meneruskan 'manukrip' dan penulisan saya begitu. Ada suatu ketika, saya sedang 'charge'kan telefon saya di charger di ruang tamu, (diletakkan di atas meja) ketika itu ada seorang anak saudara yang datang ke rumah. Selepas dua tiga jam, saya mengembil kembali phone saya. Macam pelik semacam je, sebab tiada bunyi deringan mahupun sms yang masuk seharian sehinga malam hari, tapi saya tidaklah cenderung untuk memeriksa phone saya. Cuma pelik dan tertanya sendiri. Apabila malam tiba, saya pun memeriksa telefon dan didapati telefon saya tidak mempunyai 'bar' dan 'liputan'... banyak pelik semacam je. Ingatkan pasti ada masalah dengan 'syarikat komunikasi'.. dan hanya menunggu suami balik untuk mempeastikan jika dia juga mempunyai masalah yang sama. Dan yang peliknya, dia tidak mempunyai masalah yang sama! Gagal mencari resolusi. Saya tidak pula memeriksa kad sim, sebab saya tidak terfikirkan telefon saya jatuh ke lantai atau sebagainya, sebab semasa kali terakhir saya lihat, telefon berada di tempat yang sama.

Menjelang tengah hari ke esokkan harinya, saya baru memeriksa telefon saya dan mendapati kad sim tiada ditempatnya. Rupanya telefon saya telah terjatuh ke lantai dengan tidak sengaja oleh anak buah saya. Bimbang dimarahi, dia meletakkan balik bateri ke telefon tanpa menyangka kad sim turut terpelanting keluar. Apabila saya menjengok di bawah meja, barulah saya perasaankan kad ism berada di bawah kerusi! Jadi misteri berakhir!

Wednesday, March 23, 2011

Reviews Pembaca

Shahrizan- Rome
saya nak ucapkan tahniah kepada kak nora. novel akak tu sgt menarik. berjaya membuatkan para pembaca menitis air mata. bila dah start baca mmg tak mau berhenti. tak sabar2 nak tahu apa akan berlaku seterusnya.

Dua hari saya pi keje ngan mata yang bengkak. sabo jer la. siap ada yang tegur kalau2 pasukan bola yang saya sokong kalah (malam sebelum tu ada perlawanan bola. hahahahaha)

saya baca aritu mmg laju giller sebabnya tak sabar nak tau apa akan terjadi dekat intan (watak utama). nanti saya akan membaca untuk kali kedua sebabya tak beberapa nak menghayati tempat2 menarik yang diceritakan dalam novel akak tu. cerita2 akak sungguh detail hingga membuatkan kita seolah2 betul2 berada di sana. (new york dan paris)

yang best tentang novel akak, selain membawa kita melancong ke tempat2 menarik, banyak sangat info yang kita boleh pelajari. sangat kagum dengan penulisan akak sebabnya dapat membawa pembaca menghayati dengan jayanya perasaan cinta yang dirasai oleh intan terhadap adam+ dzar+adi faris. masa membaca novel, saya rasa cam saya plak yang sedang dilamun cinta. hahahahhaha



Suzzie Yaman
Saya telah habis membaca novel tersebut dan saya rasa novel puan tu ada kekuatan dari segi penggayaan cerita dan watak..
ending novel tu mmg sedih ..
Tahniah dari saya..

Sunday, March 13, 2011

Promosi KarnaDya



Belian semua jenis buku dengan diskaun hebat!

Destinasi Sikunang-kunang



Hanya sebuah buku dan magnet 'Langkawi' saya untuk Izan. Sebenarnya mahu hadiahkan dia 'sesuatu yang lain' tetapi sudah tiada dalam simpanan... Jauh perjalanan buku ini, menyeberangi beberapa lautan, ke Rome. Gambar kredit untuk Izan dan Mirko.



Gambar kredit: Hajjah Noraidah... sebenarnya saya mahu serta magnet yang lagi cun tetapi semuanya habis dalam simpanan saya dah.



Sebenarnya, catatan berserta pantun: Terima kasih daun keladi...( lain kali, bisa ditolong lagi) Izan menyatakan : dia tak tahu menjawab pantun.. he he


Gambar kredit : Hajjah Noraidah, Brunei (saya, lupa untuk ambil gambar)



Buku saya ke Rome juga... Gambar: kredit to Shahrizan dan Mirko.







Lama perjalanan buku ini, ingatkan sudah disambar mamat Italy yang saya kira 'romantikus' (maknanya being romantik all the times he he)


Beberapa buah buku saya kirimkan keluar..satu ke Brunei, ke Vannes Perancis dan sebuah ke Rome. Lebih kurang 2 minggu, saya mendapat tahu, buku ke Brunei sudah tiba. Lega! One down, two to go, diikuti dengan Vannes, Perancis. Yang pelik, buku ke Rome, belum sampai-sampai juga. Saya ke pejabat pos, minta dia check kan kiriman tersebut sebab gagal check secara'on line' (dalam hati pulak: buat apa on line kalau gagal berfungsi) kakitangan pejabat pos enggan memeriksa 'trecking' sebaliknya memberi saya nombor telefon untuk dihubungi.. dalam hati , pulak.. tetapi balik rumah, terlupa tentang hal ini.

Esoknya plan mahu menghubungi nombor tersebut, tetapi di wall Fb saya bertulis, buku sudah diterima. Alhamdulillah. Lama juga buku itu 'berjalan', hampir sebulan. Agaknya kalau bungkus saya ke sana, sebulan dalam bungkusan, alamak: lemas ooo. (jadi tak jadilah berbungkus untuk ke Rome)

Sebuah buku saya hadiahkan ke Bukit Mertajam, untuk iera @ Azira yang sudi meminjamkan sajaknya dalam buku saya. Cerita ni lagilah kelakar.. salah saya juga, terlupa menulis kepada dan daripada, dan setem pula (saya pos berdaftar sebab boleh trecking kalau hilang, dan cheaper daripada pos laju yang adangkala tidak juga laju-laju) dilekatkan oleh kakitangan pos. Saya tidak tahu apa yang terkadi, empat hari, buku diterima oleh mama saya di Langkawi, sebaliknya di Bukit Mertajam, boleh pula tak sampai-sampai. (pelik juga, yang seberang laut sudah tiba... penuh tanya) Saya menerima sekeping kad menyatakan ada 'parcel' (actually lama juga terbiar di rumah) rupanya ke pejabat pos, menerima balik 'parcel' sendiri sebab kerani pos salah letakkan setem di bahagian daripada (yang saya tak tulis) jadi mereka fikirkan bungkusan itu dihantar kepada saya... adus.. dan dikirimkan balik kepada penerima yang sepatutnya.. dan akhirnya sampai juga. Misteri berakhir.

Sunday, March 6, 2011

Berita Harian Online | ‘Terkenang buka puasa dalam feri’

Berita Harian Online | ‘Terkenang buka puasa dalam feri’

Cinta bisa membangunkan pencinta yang 'koma'

“Adam. Intan di sini. Intan sudah maafkan Adam jika kemaafan yang Adam mahukan. Intan berjanji akan meneruskan kehidupan dengan gembira. Sekarang ni Adam perlu bangun, Di perlukan Adam. Dia sudah hampir empat bulan mengandung. You’re going to be a father Adam.” Suara Intan sebak, dia gagal menyambung lagi ayatnya. Sayu dan hiba mengiringi air mata yang berlinang. Perasaan sedih ditinggalkan Adam dahulu, tidaklah sesedih perasan melihat orang yang disayangi terbaring tanpa suara.

“Adam…” Intan gagal meneruskan kata-katanya yang disulami dengan perasaan sebak. “I cannot live… without you. But I don’t want too see you ..like this. Adam…please, open your eyes… for me.” Jemari Adam yang tidak pernah disentuh sebelum ini digenggam erat. Intan terasa kepanasan jemari itu seolah arus elektrik yang mengalir pantas ke dalam salur darahnya. Intan meramas perlahan jemari Adam yang terbaring tanpa kerlipan. Air mutiara jernah mengalir di kelopak matanya dan jatuh menitik ke jemari Adam. Sesekali Intan menjeling Di yang sedang berbaring di sebelah katil Adam. Dia tidak mahu Di terjaga dan menyaksikan dia yang sedang menggenggam erat tangan suaminya. Tiada seorang isteri pun yang tidak akan terguris perasaannya jika jemari suaminya digenggami seorang perempuan lain.

Air mata kekasih bagaikan suatu magnet yang memberi kuasa elektromagnet kepada Adam. Intan menundukkan mukanya ke katil Adam. Jemari Adam tiba-tiba terasa bagaikan bergerak perlahan. Ritma bunyian jantung Intan seolah lagu yang berirama, mencetuskan gerakan jemari tangan Adam bertambah aktif. Ritma jantung Adam yang sudah lama berpalu perlahan seolah memukul laju, seolah menerima isyarat ‘ingin kembali’ dari otaknya. Air mata perempuan yang tersimpan kukuh di dasar hatinya barangkali menjadi penawar kepada RAS Adam yang sudah lama tidak berfungsi.

Secara anatominya, RAS bukan sahaja memandu reaksi dan kesedaran manusia, RAS juga penting dalam menjadikan manusia peka dalam mengasingkan imej dan bunyian dan sebagainya yang tidak diperlukan oleh tubuh manusia. Segala pancaindera manusia seperti penglihatan, bauan, pendengaran, sentuhan menjadi agen penggerak penting dalam menggerakkan RAS bagi menggekalkan sifat ‘sedar’ manusia seterusnya menghasilkan reaksi terhadap sesuatu.

Jemari Adam bergerak dalam kadar perlahan, menggenggam kembali jemari perempuan yang masih menggenggam erat jemarinya yang sudah dibasahi dengan air mata. Jantung Adam berpalu lebih kuat, sekaligus telah berjaya mengepam lima liter darah ke jantungnya. Jantung lelaki yang sudah lama berehat ini seakan sudah bersedia semula untuk bangun semula menikmati mentari cintanya. Sentuhan jemari Intan, gegendang telinga Adam segera menangkap suara sedu sedan Intan yang kadangkala ditenggelami dengan sebakan dan air matanya. Suara kekasihnya yang mendayu seolah mesin enjin yang menghangatkan RAS Adam yang sudah lama menyendiri.

Minda Adam segera memberi refleksi kepada anggota tubuhnya. Aku mahu bangun segera,kekasihku berada di sampingku. Ayuh Adam, bukalah matamu, supaya engkau dapat mengintai kembali wajah yang sudah enam bulan engkau tinggalkan. Bangunlah Adam agar kau boleh menyaksikan sendiri eratnya tanganmu yang dia genggami buat kali pertama. Bangunlah Adam menikmati cinta!

Adam cuba membuka matanya perlahan...

Petikan page 314-315

Wednesday, March 2, 2011

Berbulan madu bersama Adeena, tetapi ingatan bersama Intan...

Segera dia teringatkan kata-kata Ernest Hemingway, “Never go on trips with anyone you do not love”. Salahkah perbuatannya berbulan madu bersama isteri, tetapi hatinya tetap menyintai Intan. Salahkah dia? Rasa bersalahnya bertukar apabila terpandang wajah ceria Di yang diselubungi mega-mega merah yang berarak, seindah pemandangan di Toulous sewaktu senja berlabuh tiba.