Terima kasih daun keladi, silalah bertamu lagi.. Novel , akan datang: Disember 2010

Terima kasih daun keladi, silalah bertamu lagi..  Novel , akan datang: Disember 2010
Sudah terbit Feb 2011

Promo Cinta Sikunang-kunang

Lokasi cinta: Bukit Mertajam (seberang perai),Melaka, New York dan Toulouse (Perancis) Petikan hanya 1/2 bahagian sahaja.
Promo Pengenalan.
Promo Bab 1 Intan Irdina : aku adalah Irdina.(petikan 1-3) Ditamatkan di tempat /situasi yang sama.
Promo Bab 2 Kapten Adam Farqis: aku adalah Adam..Ditamatkan dengan tempat/situasi yang sama.
Promo Bab 3:aku adalah Intan Adeena. Ditamatkan dengan situasi/tempat yang sama..
Promo Bab 4:permulaan bab yang baru. Tiada gantinama 'aku' lagi... (bahagian 1 sahaja)
Promo Bab 5. Cerita mama... (bahagian 1 sahaja)
Promo Bab 6: bahagian 1 sahaja
Promo Bab 7: Bahagian 1 sahaja
Promo Bab 8: Bahagian 1 sahaja
Promo Bab 9: Bahagian 1 sahaja
Promo Bab 10: Bahagian 1 sahaja
Bab Ending.. Bab 10 : Bahagian 9 : akhir bab..
Pendapat pembaca: Lihat Reviews Pembaca.

Followers

Ruang Komentar.. Terima Kasih atas komen/soalan anda..

Wednesday, December 29, 2010

Masam, manis, pahit dan masin dalam satu buku!

Ketika saya menulis DC (Dimensi Cinta, mood saya menulis adalah, mood melahirkan perwatakan 'baik', sebab pertama kali menulis, saya lebih banyak menumpukan hasilnya kepada jalan cerita, latar tempat, feeling yang tidak begitu berat.Fahamlah, pertama kali menulis, watak 'antagonis' yang berat seperti 'jahat', hasat dengki semuanya belum wujud dalam DC.

Cinta Sikunang-Kunang (CSKK) memberikan saya cabaran baru apabila menjadikan sepasang kembar yang berbeza sifatnya bersaing tanpa disedari sehingga wujudnya perwatakan yang antogonis yang menjadikan anda 'mual' daripada satu segi, dan rasa simpati dalam satu hal yang lain... antara kasihan, dendam, anda akan terasa tersorot dengan perasaan yang anda tidak akan tahu, kepada siapa yang akan anda sokong! atau berpihak. isteri yang tidak mendapat kasih suami? atau sekadar memihak kepada bekas kekasih yang secara tidak adilnya tersingkir kerana 'lawannya' sekadar mencuba nasibnya.. dan takdir memihak kepadanya.

  Dan saya akan terlebih seronok, andainya CSKK akan difilemkan, siapa tahu. tentu seronok melihat adik-beradik yang akan membunuh 'perasaan' penonton.. dikecewakan, mengecewakan, keliru dan mengelirukan.Besarnya Impian saya. Sama-samalah mendoakan ya! 

Monday, November 15, 2010

Ending...

   "Ending" atau penamat adalah klimaks kepada sesuatu penceritaan. Kebanyakan penonton cerita atau pembaca buku tentunya mahukan ending yang bagus. Jarang ada pembaca yang mahukan 'ending' yang tergantung kerana memeningkan kepala untuk menamatkan sendiri. Kalau saya membaca ending yg tiada penamat, rasa 'marah' pun ada juga.. 'Geram' pun ada.. kalau ending sendiri, rasanya 'kurang  seronok'... Tetapi kalau ending yang terang terangan begitu.. dan begini (boleh mengangak sangat2, takn "klise" dan "suspen", manalah best pulak.

  Kepada saya, lebih suka ending yang ada pilihan, a, b, dan c.. dan menamatkan denan keadaan yang tidak disangka.. Dalam ertikata lain, dalam klimaks ada 'suspen' yang tidak dijangka. Macam cerita Holloywood, apabila kita menjangkakan sedemikian, ianya terjadi begitu.

   saya masukkan sedikit ending, tetapi saya tinggalkan nama heronya as ........, kalau tidak, manalah suspen lagi...

9
            Songket berbunga, sarat dengan bunga tabur berbenang emas, berlatarkan  warna merah cili menjadi baju pelengkap yang menaikkan seri Intan di hari bahagianya. Baju persandingan yang dipinjamkan Datin Ruby menjadi penyeri Intan di Majlis Resepsinya di Dewan Bora Ombak. Siapa sangka, bekas bosnya begitu bermurah hati menaja busana pengantin untuk digayakan Intan. Datin Zurina dan Dato’ Farid pula beria benar menaja majlis perkahwinan Intan  di Bora Ombak.
Olis menolong Intan membetulkan baju kebaya labuh yang kelihatan duduk terletak elok di tubuh Intan. Kerongsang besar, emas tiga tingkat menjadi aksesori indah yang melengkapkan gaya pengantin baru. Kancing ibu yang lebih besar saiznya menjagi asas kepada keronsang, diikuti dengan keronsang anak-anak di bawahnya. Sementara, gelang kaki emas yang besar, bersaiz sebesar ibu jarinya, menjadi pelengkap di kanan dan kiri Intan.
“Berat sangat gelang kaki ni. Tak pakai, tak boleh ke?” Intan segera menyoal, Kak Nina yang menjadi pengandamnya.
“Ala kak, satu hari je jadi pengantin. Kena pakai, nanti tak cantiklah. Tak lengkap aksesorinya.” Olis memujuk sambil tersenyum.
“Ya lah, satu hari je.” Kak Nina menyambung sambil menyanggungkan rambut Intan dengan kemas. Penyembur rambut khas disemburkan sedikit ke rambut Intan agar sanggulnya duduk dengan kemas. Rambutnya dipinkan dengan kemas dan selesa. sanggup Lintang Tradisional yang telah dipermodenkan kemudiannya disemat dengan penyemat sanggul yang diperbuat daripada emas, yang terdiri daripada tujuh bilah.
“Sekejap saja lagi, nak touch up muka sikit saja lagi, Intan sudah siap.” Kak Nina menyambung kerjanya bagi menyiapkan pengantin baru. Intan agak gelisah bagi mengenakan make up yang berlebihan. Pada hari-hari biasa, dia lebih suka mengenakan make up secara sederhana sahaja.
“Kak Intan. Cantik kak hari ni. Tahniah ya, sudah  bergelar isteri orang.”
“Terima kasih Olis. Kalau tak kerana kunang-kunang malam tu, kak terus akan buntu lagi.”
“Ya lah kak, ada apa pada kunang-kunang tu  kak? Bagaimana pula kumbang kecil tu boleh menyelesaikan kebuntuan kak.”
Intan memusingkan wajahnya bagi mengadap Olis. Senyumannya berbunga mesra.
“Malam tu, Kak Intan perasankan, ada kunang-kunang yang menyeri malam Olis. Jadi, kak tak takut lagi akan melukakan hati dia. Kak tahu, hatinya akan terisi dengan Olis. Dan mungkin, sebenarnya, bukan kak yang menjadi penyeri malamnya. Bayangkan setiap kali, dia mahu merapati kak, dia akan berhubung melalui Olis.”Olis tersenyum malu-malu. Dia sedar siapa lelaki bertuah yang diucapkan Intan.
“Olis, jangan lukakan hatinya ya. Dia tu baik sangat.” Intan tersenyum lagi Bangga menyerahkan hati  rakan karibnya kepada Olis untuk diisi, dibajai kasih sayangnya dengan sepenuhnya. Pintu bilik diketuk perlahan. Olis segera menguak daun pintu. Dilihat mereka, Datin Ruby tersenyum menunggu di luar.
“Terima kasih kerana memilih dia kak. Hidup Olis tentu lebih berseri.” Intan memahami ayat Olis itu dengan nyata. Olis berterima kasih kerana Intan tidak memilih .......dan dia sendiri berpeluang menyerahkan hatinya untuk dimiliki Usahawan Pertanian itu. Ternyata keputusan Intan, menyenangkan hati semua pihak.
“Dah siap pengantin?, sekejap lagi pengantin lelaki tiba,” usiknya sambil tersenyum. Intan membalas dengan senyuman melirik kepada Olis dan Nina. Hatinya bergendang perlahan. saat mencemaskan sebenarnya sudah tamat malam semalam, apabila dia selamat diijab kabulkan dengan ‘kunang-kunang hatinya’. Dia yang datang menyeri hatinya, tatkala kegelapan kecewa menghilangkan  cahaya hidupnya. Dia baru kehilangan kembarnya yang meregut segala keindahan hidupnya. Dan Intan yakin, hanya dia bakal mengubah kehidupannya yang berbalan-balan.
Kasut yang diperbuat daripada kain baldu merah cili dan bersulam songket, dipakai terus. Intan berjalan perlahan menuju singgahsana, diiringi dengan Datin Ruby. Sepasang songket awan larat yang dipakai Datin Ruby, berwarna putih gading, bersulam bunga emas menjadi penaik seri kepada baju songket yang dipakai Intan. Pelamin berlapis kain lace Perancis seolah melambai sama, seindah perasaan Siti Sarah.
Mak ngah yang berada di meja berhadapan pelamin tersenyum bangga melihat Intan dan pasangannya di singgahsana. Bak kata pepatah, duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Kecantikan wajah Intan terserlah, bagaikan bunga Teratai kembang di pagi hari, sebaik mentari menjengah di alam, disambut dengan senyuman bunga di pagi hari. Siti Sarah juga tersenyum bangga melihat satu-satunya anak perempuannya di singgahsana.
Intan menjeling suaminya dengan ekor matanya. Sekadar melemparkan senyum pendek kepada suami di sebelahnya. Kata Mak Andam dipegang erat, “Anak dara di pelamin, janganlah melingas memandang keliling. Pandanglah suami hanya sekadar pandangan malu-malu, sekadar jelingan manja, supaya menampakkan ketertiban pengantin.”
Intan menjeling lagi, malu-malu. Seperti pesanan Nina. Dato’ Farid dan Datin Zurina dijemput merenjis pasangan pengantin. Ada senyuman berbunga di wajah mereka. Intan memandang kedua mereka dan diucapkan Terima Kasih. Intan menjeling manja ke arah pasangannya lagi, dengan perasaan malu-malu. Pandangan mata mereka bertaut, mesra. Ada cinta yang bermukim lagi, singgah dan menjalar ke seluruh urat darah yang mengalir. Terasa bagaikan ruang cinta telah mengisi setiap kuntuman bunga di pelamin indah. Sekali lagi, pengantin lelaki mencuri pandang akan isterinya, pandangan mesra Intan dan ....... bertaut lagi. Dan ombak cinta bagai menjarah setiap inci tubuh mereka. Ritma jantung berpalu, bersama irama indah muzik Kitaro yang mengiring Pelamin Cinta mereka di singgahsana.
“Intan, diamond of my love,”
“......warrior of my heart,” saling berbisik. Dan keduanya tersenyum berbunga mengiringi cinta yang baru bermula.




Sunday, November 14, 2010

Blurp... belakang novel

Blurp : adalah istilah petikan yang dimuatkan di belakang novel. Tujuan blurp adalah menonjolkan sedikit petikan atau latar atau cerita sesebuah novel.

****************************

“Ibu, Intan yakin sekali dengan pilihan Intan. Intan sudah temui kunang-kunang Intan.”

“Kunang-kunang?” bertanya si ibu lagi dengan perasaan pelik. Entah apa pula analogi yang digunakan Intan kali ini.




“Ibu, kelip-kelip ni hanya muncul di tempat gelap, juga di tempat yang istimewa saja. Datangnya memberi cahaya. Seperti dia juga. Datang bertandang di hati Intan, bercahaya.” Intan Irdina tersenyum lagi. Dia pasti dengan pilihannya kali ini.
*******************

Intan Irdina: Cinta yang disimpan untuk Kapten Adam Falqiss berkecai di tengah jalan apabila Adam mengahwini adik kembarnya, Adeena. Dzar Sallehhuddin dan Adi bersaing bagi mendapatkan cinta Exsekutif Ekonomi ini. Dan Adam kembali berjuang bagi meraih cinta setelah isterinya pergi…

Intan Adeena: Kembar yang bukan sahaja sama fizikalnya malah berkongsi lahiliah yang sama. Bersaing
dalam mendapatkan cinta daripada Kapten Adam Falqiss Bin Dato Ahmad Farid. Cukupkah sekadar
menjadi suri rumah? Berbulan madu di Toulouse, Perancis, cukupkah membina cinta? Adeena sering kali
merasakan cintanya dikhianati Adam. Wajarkah perasaannya?

Kapten Adam Falqiss : Intan Irdina adalah ‘ratu hatinya’. Sayangnya jodohnya bersama Intan Adeena. Deena cuba menawarkan cinta, tetapi hatinya telah diisi dengan cintanya kepada Intan Irdina. Sehingga Emily, anaknya lahir, dia cuba menawarkan cinta baru kepada isterinya tetapi ada masih ada masa untuknya, disaat sang maut membayangi isterinya.. Dan dapatkah dia diberi peluang cinta kedua setelah isterinya pergi buat selama-lamanya?

Dzar Sallehhuddin : Cukupkah sekadar memikat cinta Intan Irdina di Puncak Gunung Kinabalu? Dapatkan cinta diraih oleh Usahawan Tani ini? Cukupkah sekadar simpati dan empati?

Andrea Duilio Faustino : Bertemu & menjaring cinta di Bandaraya New York. Adakah pemuda Itali ini akan berjaya menawan hati Intan Irdina yang kegersangan? Kehilangan isterinya Yasmin, cukupkan dia bersedia untuk kehilangan ‘intan’nya juga.

**********************************************************
Bersama kita melayari cinta yang membawa anda mengembara ke Sabah, Negeri di Bawah Bayu,dan mengarak kasih di Bandaraya Toulouse serta Bandaraya terhebat dunia di New York… Realiti cinta hanya untuk yang berani untuk tidak menangisi dan merelakan orang yang tersayang pergi… Bersediakan anda? Realiti hidup, masih adakah peluang kedua untuk cinta!

www.norafuad.blogspot.com

Wednesday, October 13, 2010

Berita dari KarnaDya 2

    Pada minggu lepas, setelah bergagang sekejap (istilahnya menelefon) ke KarnaDya, saya diberitahu buku saya akan diterbitkan secepatnya pada Disember 2010.. lambatnya.. bisik hati saya. Sebab buku yang pertama DC, diterbitkan Oktober 2009 (siap Mei, lebih kurang , second editing etc) yang kedua ni, CSKK pun siap April, (second editing Mei 2010, lebih kurang) tapi diterbitkan lambat/lebih lama daripada yang pertama.. haiyaya.. sebagai penulis, sebenarnya tidak sabar melihat buku di rak saya..(rak saya sendiri) Suspen dengan rupanya.. harapnya cantik seperti DC, sebab saya suka cover yang pertamanya.

   Kalaulah saya boleh mencadangkan cover, sure saya akan mencadangkan gambar bulan terang, tasik dan sikunang-kunang yang bercahaya.. wow!

   

Monday, July 12, 2010

New York II

New York atau dikenali dengan nama Big Apple sentiasa menguyakan saya. katakanlah apa sahaja, bandar yang penuh dengan jenayah etc, NY sentiasa menguyakan saya!Mungkin banyak sangat menonton filem2 dan cerita CSI yang berlatarbelakangkan NY, saya turut diracuni dengan keindahan NY. Kebetulan, terjumpa restoran malaysia di NY, maka bermulalah cerita mengenai NY ini. Kata saya, NY adalah kota cinta...

Petikan di New York:
Adi sudah bertolak pulang ke New York kembali. Intan terasa sepinya, apatah Dzar sudah kembali menjadi dirinya semula setelah dinasihati Intan. Dzar tidak lagi bersms atau menelefonnya, sekadar ucapan selamat semasa menghantar Intan ke Lapangan Terbang Bayan Lepas pagi tadi.


Awan larat yang berligar indah menyemarakkan lukisan di langit pagi yang indah. Intan merenung jauh, fikirannya menerawang, mengimbau memori indah, berada di telapak mercu tanda New York, The Statue of Liberty. Bait demi bait bicara bagaikan datang lagi, mana mungkin melupakannya segalanya yang indah sekelip mata.

“Miss Liberty in France says Statue de la Liberte, reprensents the international friendship between two countries established during the American revolution.”Adi menyatakan info mengenai New York’s Famous Statue.

“Just like us. Malaysian and New Yorker,” sampuk Intan sambil ketawa. Ketawa mereka berderai sama. Pandangan mereka tertumpu kepada patung gergasi yang mempunyai ketingian 305 kaki daripada tapaknya berdiri megah membelah angkasa biru New York. Patung ini megah berdiri di Pulau Liberty di Pelabuhan New York atau lebih tepat lagi di muara Sungai Hudson sebagai tanda mengalukan kedatangan semua pelawat, pelancung termasuklah imigran dan warganya sendiri yang pulang menggunakan jalan laut. Gambaran wanita gergasi yang memakai Stola, gaun yang menarik dan memakai sandal, dengan menggenakan hiasan rantai yang retak. Sebelah tangan kanannya memegang obor dan tabula ansar. Sebelah tangan kirinya pula bertulis dalam tulisan Roman bertarikh JULY IV MDCCLXXV atau Julai, 4 1776. Ketika melangkah naik menggunakan anak tangga ke bahagian tangan gergasi meninggalkan lelah berpanjangan. Menyaksikan panorama Bandaraya Kota Metropolitan melalui tetingkap kaca yang disediakan sebanyak 25 penjuru memberi kita perspektif yang berbeza tentang bandaraya yang dianggap ‘ganas’ tetapi ‘mesra’ pelancong.

“You tahu tak, apakah makna sebenar wanita ini?” soal Intan kepada Adi yang berdiri tepat di sisinya. Sesekali Intan tersenyum melihat dirinya yang hanya berdiri separas bahu kepada Adi.

“Kebebasan tentunya, selepas Revolusi Amerika. Wanita besi ini sudah menyambut ulangtahun lebih 125 tahun awal abad ini.You ada maksud yang lain.”

“Wanita bermaksud kebebasan, lelaki pula membawa maksud peperangan, pergaduhan.”

Adi hanya tertawa sambil menjawab,“I have to agree with you this time. Tapi I tak sukakan peperangan.”

Membayangkan bagaimana sukarnya patung raksasa yang mempunyai ketinggian asal setinggi 151 kaki, mempunyai seberat 225 tan yang kemudiannya dipak secara 300 kepingan berasingan di dalam 214 kotak kayu begitu melelahkan. Nama-nama seperti Frederic Auguste Bartholdi, Maurice Koechlin, Richard Morris Hunt, Eugene Violett-le-Duc adalah individu yang bertanggungjawab menyempurnakan pembinaan Statue ini.

“Simboliknya mahkota Miss Liberty ini adalah tujuh kerawangnya yang menandakan tujuh lautan dan tujuh benua yang terdapat di dunia ini.”Intan sempat menerangkan kepada Olis yang sibuk memusing di sekeliling tingkap bagi melihat bandaraya New York dari sudut yang berbeza.

Wednesday, July 7, 2010

Berita dari KarnaDya...

   Apabila menerima borang perjanjian Mei lalu, saya agak buku saya memang on the way (maksudnya sedang membuat cover, dan mungkin printing dalam peringkat filem = tak lama sangat lagi la..) Teruja walaupun buku kedua.. dahulu saya beranggapan, mungkin saya tidak akan teruja sangat dengan buku kedua disebabkan, ala, buku kedua, tidak akan sama perasaan teruja melihat buku saya yang pertama okt tahun lepas...   (okt 2009)
  Rupanya saya tersilap... apabila saya sudah tamatkan editing (final) perasaan teruja itu belum ada.. tapi melihat perjanjian itu menjadikan saya 'tidak sabar' melihat buku saya...   harapna covernya menarik seperti buku pertama saya, Dimensi Cinta, dan tajuknya masih sama, Cinta Sikunang-kunang... saya suka perkataan 'cinta' kerana perkataan itu mrmbawa kepada signifikasi yang berbeza jika dibandingkan dengan 'sayang' atau 'kasih'...   cinta lebih mendekatkan jiwa antara insan sebab cinta itu bunyinya 'klise' luas, tepat, indah...
    Dalam impian saya, saya ingin menulis siri 'cinta' bermakna buku-buku saya mesti ada perkataan 'cinta' pada tajuknya.. tetapi semuanya bergantung kepada penerbitlah.. kalau tajuknya dirasakan tidak sesuai, kenalah berubah tajuknya...   dan yang ketiga ini, saya sudah dapat judulnya... .. hmm.. rahsia dulu sebab baru mencecah bab 2. Adus, jauh lagilah nampak gayanya perjalanan buku tu.
    Saya harapkan buku itu sudah sedia di pasaran menjelang Hari Raya... hmm...

Wednesday, June 23, 2010

Pasangan kembar seiras....nama watak dalam novel.

 Mengenali ramai pasangan kembar membuatkan saya terfikir akan cerita yang boleh menggambarkan kekalutan jiwa pasangan ini. Kembar seiras umumnya mempunyai paras rupa yang hampir sama, malah kadang2 kelunakan suara juga sama, lenggang dan cara berjalan juga sama. Malah aspek yang paling 'sukar' dipecahkan, mereka juga mempunyai citarasa terhadap makanan, dan pasangan hidup yang sama.

   Saya mengenali pasangan kembar seiras yang merupakan junior saja di Langkawi dulu Wajah yang sama, suara yang sama, tetapi saya lebih rapat dengan kakak kembarnya yang mungkin hanya dipisahkan beberapa minit sahaja (lahir lebih awal sedikit) daripada adiknya. Orangnya keduanya cantik, putih kulitnya, manis orangnya... baik budinya. Cerita saya sebenarnya tidaklah ada kaitan pun dengan kedua kembar ini, cuma fizikal mereka yang sama menjadikan timbulnya idea untuk mencipta cerita ini... (Alhamdulillah dengan izin Allah)  Yang membezakan cuma, yang kakak suka memakai tudung 'plain color' dan adiknya, lebih kepada corak berbunga. Daripada sinilah terciptanya watak, Intan Irdina dan Intan Adeena.

  Saya suka nama Intan (kebetulan sepupu suami, berpangkalkan nama Intan, dua adik dan kakak ) sound so sweet dan mempunyai makna yang juga besar. "Intan" atau diamond. Irdina dan Adeena pula adalah nama anak2 saudara saya. Sengaja saya pilih nama yang hampir sama untuk timbulkan 'klise' dan 'muslihat' dalam cerita saya....

  Nama Adam Falkiss adalah nama anak saudara kawan baik saya, Olis. Selalu dia menyebut atau menceritakan perihal anak saudara sulungnya njadikan saya tertarik sekali dengan nama itu.

 Dzar Sallehhuddin: Dzar adalah nama anak kepada kawan saya, sementara Sallehhuddin adalah nama adik lelaki saya.Dzar mengikut bahasa Rusia bermakna "Raja"

Watak pembantu : yohalis (sebenarnya Olis adalah gelaran kepada /nama manja kepada kawan saya)

Nama Andrea :Italian itu saya cipta sendiri bg menyesuaikan dengan nama dan maknanya mengikut nama Islam.

Tuesday, June 8, 2010

Bukit Mertajam, Seberang Perai. P.W

     Bukit Mertajam atau lebih popular dengan panggilan glamornya 'BM' hanyalah sebuah bandar kecil, bersempadan dengan dipisahkan beberapa km  dengan sempadan Kedah iaitu Kulim. BM terletak dalam negeri Pulau Pinang,(Seberang Perai) dahulunya dikenali dengan nama P.W..

   Machang Bubok pula sebenarnya nama tempat, Machang merujuk kepada sejenis buah, bunok maksudnya dimakan ulat buah yang rupanya seperti serangga. Saya fokuskan Intan yang tinggal di MB, BM setelah berpindah dari KL.

    Sengaja saya fokus kepada MB, BM kerana tempat ini memberi nostalgia besar kepada saya. saya pasti, sekiranya datuk saya masih hidup lagi, pasti diaraknya buku saya keliling kampung..  Walaupun datuk nenek saya sudah tiada, meori bersama mereka masih kekal dalam memori saya. Tempat ini special kepada kami, sekeluarga kerana di sinilah kasih sayang, cinta, namakan apa sahaja, dicurahkan tanpa sempadan..

      Semasa saya kecil dahulu, ketika bertanya datuk saya, kenapa perlu menulis Seberang Perai P.W, kata datuk saya. P.W untuk Provence Wellersley, nama yang British beri semasa zaman penjajahan British. Tidak mengerti sangat sebab semasa bertanyakan soalan ini, saya baru berusia 13 tahun ( ketika itu pelajaran sejarah tidak diajar di sekolah kecuali sejarah dalam Pengetahuan Agama Islam dan tingkatan 4 & 5,aliran sastera)
    Datuk dan nenek saya tinggal di BM, tempat kesukaan kami adik beradik & keluarga kerana kami tinggal di Langkawi. Keluar sekali-sekala, ke BM (mostly keluar bercuti dan ke tempat lain: ibubapa saya rajin membawa kami keluar) menjadi satu keseronokkan yang tiada tandingannya. Seapanjang perjalanan ke sana, saya akan mengetuai kumpulan koir sebab saya adalah anak sulung.. Nyanyian seperti, "jalan keretaapi", "pokok kelpaa sawit" barangkali merupakan nyanyian merdu kepada ibubapa saya kerana mereka tidak juga menghalang dan memarahi nyanyian kami.. He he he(nasib baik tidak membawa sehingga dewasa, tidak ada daripada kami yang berminat dengan nyanyian walaupun parents saya boleh menyanyi dengan baik dan merdu sekali)

      Sekarang, mak ngah saya (mak ngah saya bagaikan ibu kedua saya... kerana dia menentukan cara kami berfikir dan bertingkah laku juga) masih tinggal di Bm, tempat transit saya dan keluarga dalam perjalanan saya balik ke Langkawi. Selalu juga, mak ngah akan dijemput bersama kami ke Langkawi, kerana di sana anak mak ngah (sepupu saya Suhaiza & keluarga tinggal) dan ketiga adik beradik saya & keluarga, mak su saya tinggal: pendek kata Langkawi adalah center keluarga saya.. jadi seperti kata pepatah: the more the merrier.. he he..

  keistimewaan BM : Di sana, memang sejuk, kalau siang, tidaklah sejuk sangat. Tapi keliling rumah ditanam dengan pokok manggis, dan ada juga pokok rambutan. malam, pada awal malam, tidaklah begitu sejuk, bermula tengah malam sehingga ke pagi, suhunya sejuk sekali, bagaikan ada aircond dalam bilik... kadangkala tertidur sehingga tengah hari (sebab sejuk).. Mandi dengan air yang sejuk (dari kolah) atau air tangki, adus satu masalah besar... he he

   

Monday, June 7, 2010

Agriculture...Pertanian menjadi fokus tarikan.

    Kata orang lama, berbudi dengan tanah, tanah akan berbudi kepada kita semula... Pertanian sepatutnya menjadi nadi kepada pembangunan negara. Walaupun setinggi manapun asas kita kepada pembangunan teknologi, pembangunan perbandaran, pembangunan asas tani sepatutnya menjadi satu keperluan dan hala tuju negara. Sebabnya mudah sekali: kita semua perlukan makanan!
   Mengajar dan menguasai bidang sejarah, memberi saya satu hasil yang cukup jelas. Semua tamadun awal dunia, Mesopotamia, Mesir, Indus dan Hwang Ho mempunyai kemajuan asas tani/pertanian yang cukup memberangsangkan. Tamadun ini kemudiannya berkembang menjadi tamadun yang semakin melebar dan seterusnya terbentuklah negara-negara yang lain.
   Disebabkan perkara inilah, saya memfokus kepada salah satu watak penting dalam buku ini, Dzar Sallehhuddin, yang menjadi petani moden @ penguasaha pertanian moden @ peladang jaya yang berjaya. Walaupun berkelulusan dalam bidang ICT, dia menjurus kepada usaha tani dan penternakan memandangkan potensial bidang ini kepada masyarakat. Dengan bergiat dalam bidang ini secara jayanya, kita bukan sahaja berbakti dan memberi pulangan kewangan kepada diri sendiri, malah penguasahanya juga berbakti kepada masayarakat serta turut memberi pulangan kewangan kepada negara. Secara sedar atau tidak, kita mengimport lebih satu juta tan bahan pertanian dari luar kerana negara kita tidak mempunyai bahan makanan yang mencukupi untuk keperluan masayarakat dan negara kita.
    Pada masa inilah, munculnya Dzar Sallehhuddin as a "petani/penternak jaya".

     Adakah Dzar dapat memenuhi hati Intan Irdina yang kekosongan...?

Sunday, June 6, 2010

Michael Jackson & saya

   Sebaik sahaja saya memulakan bab 1, cerita kematian MJ riuh diperkatakan di kaca televisyen dan akhbar. Membesar bersama lagu-lagunya, saya turut merasa kehilangan penyeri hidup saya. Kisah 'Moon Walk'nya menjadi satu tarikan pesona yang sukar dilupakan. MJ menjadi satu kisah motivasi yang saya selitkan dalam cerita saya, apatah lagi latar cerita saya, terselit juga cerita di LA yang menjadi based kepada kisah hidup MJ.

   'Man without soul' itu gelaran saya kepadanya. Dia hidup dengan kegembiraan yang mungkin tidak terdapat dalam jiwanya. Membayangkan rasa bahagia kita tanpa 'soul', actually we're not happy, in that case. Bahagia sepatutnya dirasai dengan fizikal, emosi, rohani dan ingatan/ memori. Dan selalunya kita tidak akan merasai bahagia seandainya kita gagal melepaskan semua perkara yang 'tersendat'; dalam kepala.

   Saya bangga dengan  'Foundation' yang ditubuhkan oleh MJ untuk membantu manusia sejagat. Saya bangga dengan bakatnya. Cuma, kenapa dibiarkan diri kita tanpa 'a healthy soul'?

   Memfokus kepada watak utama, kembar sulung Intan Irdina yang gagal melepaskan 'sejarah silam' yang melukakan dia menghalang dia untuk merasai bahagia. Seperti yang saya sebutkan, 'man without soul', jadi Intan adalah 'girl/woman without soul'...  dia merana kerana membiarkan sejarah mengatur perasaannya, emosinya dan jiwanya. Juga kepada watak, hero saya, Adam Falqis, yang membiarkan jiwanya dibelenggu perasaan cintanya kepada seorang gadis. Walaupun telah mengahwini orang lain, jiwanya kepada gadis yang satu ini...

   Ramai di luar sana yang membiarkan hidupnya dibelenggu perasaan atau memori kepada perkara/sejarah /cinta yang lepas-lepas...  tidak kepada saya. Lifes move on.. The moral of the story, lepaskan cinta yang lama itu, supaya kita tidak hidup seperti MJ yang boleh dikaitkan, "man without soul'...  semoga Allah merahmatinya jika benar dia telah memeluk Islam...

   

Saturday, May 29, 2010

Gunung Kinabalu...

     Gunung Kinabalu sentiasa mengkagumkan saya. Walaupun belum pernah mendakinya (walaupun masih ada cita-cita mendakinya) Cerita pendakiannya sentiasa saya baca dan merasai keseromokannya, sekadar membacanya. Saya, suami, adik ipar dan isteri telah ke Kinabalu bersama-sama ketika menghadiri majhlis perkahwinan teman suami. (Kali terakhir bercuti bersama rwah ibu mertua) Gambar berlatar belakangkan gunung ini merupakan gambar terakhir bersama.

    Saya melengkapkan bahagian pendakian Gunung Kinabalu antara Intan dan Dzar Sallehhuddin semasa di hospital Sg Buloh kerana pada masa itu arwah ibu mertua saya dimasukkan ke wad (pada awalnya disyaki mengidap batuk ekring dan diasingkan. wad seorang diri. Saya menemani arwah bermalam. Disebabkan hanya seorang diri dengan wad yang besar, saya berkesempatan melengkapkan halaman pendakian di sana...  kebetulan saya tidak dapat tidur sehinggalah hampir 2 pagi) Petikannya akan saya masukkan kemudian selepas buku dicetak.

    Dapat saya rasakan betapa keindahan di puncak Kinabalu seolah menggamit rasa 'cinta' kita kepada keajaiban ciptaan Allah.

      Mount Kinabalu (Malay: Gunung Kinabalu) is a prominent mountain in Southeast Asia. It is located in Kinabalu National Park (a World Heritage Site) in the east Malaysian state of Sabah, which is on the island of Borneo in the tropics. It is the 4th tallest mountain in the Malay Archipelago after Indonesian Papua's Puncak Jaya, Puncak Trikora and Puncak Mandala.[1]


In 1997, a re-survey using satellite technology established its summit (known as Low’s Peak) height at 4,095 metres (13,435 ft) above sea level, which is some 6 metres (20 ft) less than the previously thought and hitherto published figure of 4,101 metres (13,455 ft).[2]
The mountain and its surroundings are among the most important biological sites in the world, with over 600 species of ferns, 326 species of birds, and 100 mammalian species identified. Among them are the gigantic Rafflesia plants and the orangutan. Mount Kinabalu has been accorded UNESCO World Heritage status.[3][4]
The main peak of the mountain (Low's Peak) can be climbed quite easily by a person in peak physical condition. If not fit enough, though, the climb can be very hard despite there being no need for mountaineering equipment at any point on the main route. Other peaks along the massif, however, require rock climbing skills.

Sikunang-kunang..apa sebenarnya..

   Kunang-kunang adalah nama yang agak formal bagi kelip-kelip, sejenis serangga.Kunang-kunang adalah sejenis serangga yang dapat mengeluarkan cahaya yang jelas terlihat saat malam hari. Cahaya ini dihasilkan oleh "sinar dingin" yang tidak mengandung ultraviolet maupun sinar inframerah dan memiliki panjang gelombang 510 sampai 670 nanometer, dengan warna merah pucat, kuning, atau hijau, dengan efisiensi sinar sampai 96%.
       
     Kunang-kunang termasuk dalam golongan Lampyridae yang merupakan familia dalam  jenis kumbang Coleoptera. Ada lebih dari 2000 spesies kunang-kunang, yang dapat ditemukan di daerah empat musim dan tropis di seluruh dunia. Banyak sepesies ini yang ditemukan di  hutan yang basah dimana tersedia banyak persediaan makanan untuk larvanya.

         Kunang-kunang, yang biasanya dinamakan juga kelip-kelip adalah serangga yang memancarkan sinar untuk saling mengenali atau untuk memberi tanda kahwin, (mengawan) menggunakan panjang gelombang sinar yang berbeda, tergantung pada spesiesnya. Selain itu, pada beberapa spesies, kunang-kunang jantan yang mula-mula menyorotkan sinar untuk menarik sang betina, sementara pada spesies lainnya, sang betina yang “memanggil.” Sebagian kunang-kunang menggunakan cahaya mereka untuk mempertahankan diri. Mereka mengeluarkan sinar sebagai tanda pada musuh bahawa mereka bukan makanan yang lazat. (dengan erti kata lain, amaran yang mereka adalah bahaya dengan lampu yang menyala)

       Bagi kunang-kunang kelompok Photuris, cahaya mereka berperan pula dalam perburuan. Betina jenis ini dapat meniru kerlipan sinyal cahaya yang dipancarkan betina jenis lain, misalnya Photuris. Dengan sinyal cahaya palsu ini, kunang-kunang jantan jenis Photuris pun terjebak dan dimakan oleh Photuris betina.
      Cahaya kunang-kunang berperanan pula sebagai tanda peringatan, untuk memperingatkan antara-sesama jenisnya tentang ancaman bahaya, maupun peringatan bagi serangga dan burung pemangsa agar tidak memakannya. Sebab, zat pemicu pembentukan cahaya kunang-kunang berasa pahit. Kalaupun ada serangga pemangsa yang nekad, mereka biasanya memakan tubuh kunang-kunang dari bagian kepala, terus hingga ke bagian belakang, kecuali bagian perut yang tidak dimakannya.
                                                   ********************

   Tajuk Sikunang-kunang tiba-tiba sahaja seolah menyapa 'minda' saya ketika saya membuka ensaiklopedia Islam di perpustakaan sekolah. Penerangan yang menarik kepada kunang-kunang ini menarik minat saya untuk memasukkan elemen kelip-kelip ke bahagian penulisan saya.. apalah salahnya dengan tiba-tiba bagaimana uniknya serangga kecil ini datang, terbang dan memberi gambaran bahawa, walaupun kecil, cahayanya boleh menerangi segala kekusutan perasaan manusia! Keindahan kelip-kelip yang hanya datang ketika kegelapan malam akhirnya membuka minda Intan Irdina untuk membuat pilihan hidupnya dengan memilih lelaki terbaik sebagai 'soulmate'nya.

Friday, May 28, 2010

Toulouse France

Toulouse, (disebut sebagai TULUS)France menjadi sebuah tempat romantis, bukan sahaja dikatakan sesuai untuk bermadu kasih, tetapi ada rahsia yang penting kepada seseorang yang berkerjaya sebagai seorang 'juruterbang' atau 'pilot'.Aopakah rahsia itu? Pendedahan hanya selepas manuskrip siap dicetak.

Bora-bora Ombak




Bora-bora Ombak menjadi pilihan saya untuk menamatkan novel ini kerana keunikannya yang tersendiri. Di saat ini, heroinnya Intan Irdina melangsungkan perkahwinannya dengan heronya (yang hanya disebut pada ayat terakhir novel: pastikan anda jangan 'mengelat' (bahasa kedah :meaning tipu) membaca ayat penghujungnya dahulu)






Menyebut tentang BBO tentulah tidak dapat tidak mengaitkan dengan 'sebuah ikatan cinta' yang dilahirkan dengan perkahwinan.



Wednesday, May 26, 2010

New York











New York atau disebut Big Apple. New York sentiasa menjadi negara yang ingin sekali saya selidiki kerana kekerapan menonton filem mengenai NY ini. New York saya pilih sebagai sebuah lokasi cinta saya di dalam novel baru ini.

Prolog novel

PROLOG

Cerita mengenai pasangan kembar kerap kali diceritakan. Selalunya mereka dikaitkan dengan rupa fizikal yang sama, mempunyai emosi yang sama, daya minda dan personaliti yang sama. Malah ada yang mengaitkan mereka mempunyai IQ, EQ yang sama. Kecenderungan mereka untuk memilih baju, makanan malah pasangan hisup yang mempunyai personaliti, perwatakan fizikal yang sama. Saya tidak mahu mengatakan hal ini sebagai mitos, kerana banyak asasnya daripada segi sains, logik emosi yang boleh mengaitkab kesamaan kehendak dan kemahuan akal fikiran, emosi dan tarikan fizikal mereka. Barangkali berada bersama, berkongsi rahim dalam ‘kantung kandungan’ yang sama menjadikan mereka begitu akrab, daripada segi dalaman dan luaran…

Saya pernah menemui beberapa pasangan kembar malah triplet yang tidak mempunyai persamaan fizikal, keupayaan mental malah mempunyai personaliti yang pelbagai (multiply personalities).. Ada A begitu, B begini dan C begitu… Saya kenal rapat dengan beberapa pasangan kembar yang ternyata berbeza minat dan kecenderungan walaupun sama rupa fizikal mereka. Uniknya kan?

Pasangan kembar yang saya cipta dalam buku ini seperti Intan Irdina dan Intan Adeena ini seringkali dikaitkan mempunyai rupa fizikal yang sama tetapi mereka mempunyai personaliti dan perwatakan yang berbeza. Sengaja saya mencipta keunikan yang begini supaya kita dapat melihat bagaimana fizikal yang sama ini, kelihatan unik apabila mereka berbeza daripada segi lainnya. Ironinya, mereka jatuh cinta kepada lelaki yang sama…

Cinta mudah diperkatakan, tetapi tidak mudah membuka ruang hati apabila terluka. Ramai antara teman saya yang sanggup membujang kerana dilukai. Agaknya serik atau malas untuk membuka ruang hati untuk diisi semula. Ingatan terhadap ‘insan istimewa’ itu terlalu mendalam untuk dilupakan… Itulah yang berlaku kepada Intan Irdina dan Adam Falqis. Walaupun telah berkahwin dengan Adeena, jiwanya, hatinya masih kepada Irdina.

Adakah Irdina akan membuka ‘ruang cinta’ baru kepada Dzar Sallehhuddin, usahawan Tani atau kepada Andrea, lelaki Itali yang sudah lama membujang setelah kematian isterinya. Adakah masaaih ada peluang Adam untuk membeli hatinya setelah dia kematian Adeena?

Epilog novel



Epilog : Adalah ringkasan di belakang halaman buku bagi membolehkan pembaca membaca ringkasan cerita yang terdapat dalam buku/novel.

Lelahnya menanggung cinta! Lelahnya menanggung rindu! Perasaan itu sering berasak dalam minda, jiwa, emosi dan fizikal manusia seumpama darah yang mengalir dalam setiap urat saraf yang menjadi nadi nyawa insan. Membayangkan betapa sesaknya hidup kita jika terpaksa sepanjang hayat menanggung cinta dan rindu seorang Adam kepada kekasihnya, Intan Irdina, dan sayangnya kasih mereka terpisah di pertengahan jalan.


Adam meneruskan ikatan perkahwinan dengan kembar kekasihnya bernama Intan Adeena berbekalkan sekelumit perasaan hormat kepada mamanya. Cukupkan sekadar simpati dan empati kepada sang isteri. Mengarak kasih di Tolouse,Perancis, cukupkah berbulan madu dalam menyemarakkan cinta selamanya. Dalam manis dan pahitnya hidup, mereka tempuhi dengan kesabaran, cinta akhirnya berjaya diabadikan di jiwa, walaupun, cinta yang tersimpan lama sebagai memori kekela badi di sudut hati. Di saat kelahiran sang puteri mereka, kasihnya mulai berarah kepada isteri, cintanya lebih bersemarak bagaikan bunga kembang pagi, segar dan mewangi…….Di saat itu bayangan maut mulai mengejar sang isteri tercinta.

Intan hilang membawa dirinya jauh daripada adik kembarnya yang mencuri ‘kekasihnya’. Bolehkah hatinya dibeli lagi oleh pemuda yang dianggap bersikap ‘sadis’ dan terlalu bersikap merendah diri. Puas menghulur simpati, empati dan budi, adakah Dzar Sallehhuddin berjaya membongkar perasaan cinta yang sudah lama beku dan mati di hati Intan. Hatinya mungkinkah lebih dekat takkala berada di puncak Kinabalu? Adakah cinta seindah panorama terindah di Malaysia ini berjaya dicorakkan di bumi di Bawah Bayu?

Mengarak kenangan bersama Yohalis di negeri dengan gelaran ‘Big Apple’, adakah Audrea Duilio Faustino, pemuda berdarah Itali ini dapat lagi menyuburkan cinta yang telah lama mati di hati Intan?
Siapakah yang akhirnya menjadi ‘sikunang-kunang’ Intan iaitu sejenis serangga kecil, yang hadirnya memilih tenpat dan masa serta ketika malam kelam, memberi cahayanya yang gemilang ke seluruh kegelapan.
Cinta mungkin melahirkan ketawa, di sebalik tangisan di mata, hati dan jiwa. Tanpa cinta pula, bagaimana jiwa manusia boleh dihidupkan. Siapakah yang bakal menghidupkan jiwa Intan? Audrea Duilio Faustino? Dzar Sallehhuddin atau Kapten Adam Falqis?