Terima kasih daun keladi, silalah bertamu lagi.. Novel , akan datang: Disember 2010

Terima kasih daun keladi, silalah bertamu lagi..  Novel , akan datang: Disember 2010
Sudah terbit Feb 2011

Promo Cinta Sikunang-kunang

Lokasi cinta: Bukit Mertajam (seberang perai),Melaka, New York dan Toulouse (Perancis) Petikan hanya 1/2 bahagian sahaja.
Promo Pengenalan.
Promo Bab 1 Intan Irdina : aku adalah Irdina.(petikan 1-3) Ditamatkan di tempat /situasi yang sama.
Promo Bab 2 Kapten Adam Farqis: aku adalah Adam..Ditamatkan dengan tempat/situasi yang sama.
Promo Bab 3:aku adalah Intan Adeena. Ditamatkan dengan situasi/tempat yang sama..
Promo Bab 4:permulaan bab yang baru. Tiada gantinama 'aku' lagi... (bahagian 1 sahaja)
Promo Bab 5. Cerita mama... (bahagian 1 sahaja)
Promo Bab 6: bahagian 1 sahaja
Promo Bab 7: Bahagian 1 sahaja
Promo Bab 8: Bahagian 1 sahaja
Promo Bab 9: Bahagian 1 sahaja
Promo Bab 10: Bahagian 1 sahaja
Bab Ending.. Bab 10 : Bahagian 9 : akhir bab..
Pendapat pembaca: Lihat Reviews Pembaca.

Followers

Ruang Komentar.. Terima Kasih atas komen/soalan anda..

Monday, January 17, 2011

Petikan Bab 7, bahagian 1

Cinta itu melahirkan manusia... cinta itu juga membunuh manusia, emmbunuh kemanusiaan.. membunuh hubungan antara adik-dan kakak, seperti yang berlaku kepada Intan Irdina dan Intan Adeena! Adakah cinta akan mengembalikan kasih mereka! Adakah cinta seorang Adam akan mengembalikan kepercayaan 'cinta' yang sudah lama membara dalam hati Intan Irdina..?


BAB 7:MENGINTAI CINTA
1
Kerinduan Intan terhadap ibunya seakan membuak-buak. Ingatannya terhadap Adeena juga sering menghantui pemikirannya. Teringin juga untuk dia bertanya, apa khabar agaknya satu-satunya adiknya yang berada di Sri Hartamas sana. Tetapi dia memahami, Di tentunya berada dalam kesejahteraan yang berpanjangan, apatah lagi setelah menjadi isteri Adam. Menjadi satu-satunya menantu perempuan kesayangan Datin Zurina tentulah perasaan yang sangat melegakan fikiran. Angin sepi yang menyambar wajahnya berulang-ulang, perlahan tetapi beraksi nakal belum lagi cukup kuat untuk memudarkan ingatannya kepada Adam, sedangkan dia sedari, ingatan itu hanya akan membunuh setiap semangat yang cuba bangun dan menjalar dalam setiap urat darahnya. Kenangan sepi antara dia dan Adam hanya akan menjadi racun yang menyusuri setiap alur uratnya, menjadikan dia menanggung kesakitan akibat kerinduan. Cintanya terhadap Adam menjadi seakan roh pelengkap jiwanya yang kemudiannya akan bertukar menjadi onar yang merosakkan fikiran dan jiwa mudanya. Intan menyedari hakikat rindu yang dibiarkan menyagat jiwanya. Tapi apalah dayanya, dalam kanvas ingatannya, hanya terlukis wajah Adam. Hanya Adam. Kesakitan yang menimpa hatinya, bersama dengan memori luka, apatah lagi setelah Adam berkongsi hidup bersama Di, kembarnya sendiri. Entahlah apalah salahku ini? Mengapa pula Adam bertukar cinta dengan mengosongkan ingatan dan kasih sayangnya kepada wanita yang lain. Barangkali, kesakitannya akan berkurang jika Adam memilih wanita lain selain Di, sekurangnya, buat seumur hidupnya dia tidak akan berkesempatan bertemu Adam lagi. Lelaki pertama yang menyentuh hatinya, membuka ruang hatinya untuk menerima cinta. Dan Adam menjadi lelaki pertama juga yang membakar semangatnya, meninggalkan kekosongan bagi separuh jiwanya tatkala menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke 26 tahun.
Pintunya diketuk lagi, segera dia menyeka air putih persis mutiara yang mengalir gugur ke pipinya. Sekeras-keras hatinya, air jernih itu gugur juga, membasahi pipinya, mengalir deras sehingga menitik ke hujung dagunya alu menitik jatuh, terhempas ke lantai. Sama seperti perasaannya yang sudah lama seperti kaca terhempas jatuh ke tanah, setelah ditinggalkan Adam.
“Sekejap. Kak Intan pakai baju sekejap.” Segera akal menipunya datang. Dia tidak mahu Olis melihat juraian air matanya.
“Hai, kak tak pakai baju kat bilik.” Terdengar suara ketawa Olis di luar bilik. Sesekali suara Maya ketawa terkekek-kekek menggamit kemahuan agar segera membuka pintu biliknya.
Daun pintu yang terbuka luas, mengizinkan kedua ibu saudara dan anak kecil memasuki bilik Intan.
“Hai, tingkap terbuka. Kak Intan pulak tak baju. Kenyang la orang kat jalan tu tengok.” Olis terus menyambung ketawanya lagi. Segera Intan memandang ke arah tingkap. Alamak, alamatnya penipuannya kurang menjadi. Segera, akal bijaknya singgah lagi, “Baru aje buka tingkap tu.”
“Ya lah tu. Mata kak macam basah aje. Kak nangis ya. Kenapa?”
“Mana ada. Berlatih drama. Tengok boleh nangis ke tidak dengan segera,” cepat Intan berdalih.
“Berlatih menangis, mana pulak dibuat dek orang.” Maya segera diletakkan di atas katil Intan.
“Wayong, wayong,” rengekan Maya begitu menghiburkan.
“Kelakar dengar si Maya panggil kak Intan, wayong..patutnya mak long kan.” Olis terusan menyambung ketawanya. Panggilan Mak Long sengaja digelar kepada Intan bagi menggambarkan keakraban mereka.
“So macam mana kak, jadi plan kita?”
“Plan? What Plan?” Intan terasa pelik dengan soalan Olis tadi.
“La. Lupa pulak dia. Rancangan yang kita buat dengan abang Dzar hari tu. Dah lupa? Hai, dengan mata air sendiri pun lupa janji.”
“Bila pulak Dzar tu jadi mata air kak? Mata air Olis ada la! Hmm, tengoklah. Kak ni bukannya kuat sangat semangat untuk mendaki Gunung Kinabalu tu. Gunung Rembau yang rendah pun, pun kak belum sampai tau.” Intan teringat semula janjinya untuk mengikut rombongan Dzar ke Kota Kinabalu seterusnya untuk memanjat gunung tertinggi di Malaysia.
“Janganlah macam tu kak, tak seronok la. Mulai esok kita kenalah buat larian sikit, kena ada stamina. Kalau tidak teruk kita, tercungap-cungap. Abang Dzar kata, kalau boleh kerap kali, lagi la bagus. Abang Dzar kata dia boleh lapangkan satu jam setiap hari. Esok, kita mulakan jam 6.30 pagi. Selepas tu abang Dzar kena balik ke ladang dia. Hari yang lain, kenalah waktu petang. Kak boleh lapangkan masa tak?”
“Tengoklah nanti.”
“Janganlah tengok-tengok lagi. Jadi ya kak? Kalau kak tak ikut, mak tak akan kasi Olis ikut rombongan abang Dzar. Olis teringin sangat nak panjat Gunung Kinabalu tu kak. Please.”
Intan tidak menjawab, sekadar mengangguk, tanda bersetuju. Sebenarnya dia rasa malas teramat sangat untuk terlibat dengan aktiviti yang boleh dikaitkan dengan Dzar. Dia amat menyedari tujuan murni peladang muda itu untuk mendekatinya, tetapi entahlah. Perasaan kelemasan akibat lautan cinta yang ditinggalkan oleh Adam sukar membuatkan Intan sukar mencari nafas baru untuk terus terapung ke lautan cinta yang baru. Takut! Mungkin! Atau, dia masih mahu berhati-hati. Sekadar tidak mahu dilukai lagi!
“Jadi Kak Intan setuju ni? Kenalah mulakan latihan esok pagi. Boleh ya kak?”
“Hmm. Entahlah.” Intan sengaja menguji Olis.
“Mana boleh macam tu! Takkan Olis nak keluar berdua dengan abang Dzar tu. Nanti apa pulak kata orang. Lagi pun kalau tak ada stamina, kata abang Dzar, teruk nanti di atas Kinabalu tu.” Olis mengulangi lagi peringatan Dzar.
“Habis Olis yang janji, Olis lah yang pergi.” Intan segera mendukung Maya dan berjalan menuju ke luar biliknya. Olis agak kebingungan, janji dengan Dzar sudah dilafazkan. Dia tidak boleh berkata tidak lagi. Tetapi dia tahu Intan tentunya akan mengikuti program yang telah mereka rancangkan. Intan ini soft hearted orangnya.
“Mak ada di dapur besar ke?” Intan mengubah ceritanya, bertanyakan di mana mak ngah.
“Ada. Ada katering untuk kenduri sambutan VIP kat Kulim. Tengah masak.”
“Jomlah kita ke sana.”
Maya terkekek-kekek ketawa riang di atas dukungan Intan. Anak perempuan kecil berambut keperangan ini seronok digeletek di perutnya.
“Kikin..kikin..” Maya bersuara sambil menunjukkan kepada seekor ayam yang berjalan lambat di bawah pohon manggis.
“Ikin. Ooo, Maya rindukan Kak Syikin agaknya.” Intan mentafsir kata-kata Maya.
“Tak kak. Kikin tu ayam tu, nama ayam. Dekat Kak Syikin dia panggil mak.”
“Ayam? ayam?.. kelakarnya.” Intan terus mentertawakan gelagat Maya. Perasaan sendunya terasa kebah di sebalik ketawa riang Maya dan Olis. Nasib baik dia berhijrah ke sini, sekurangnya, dia tidaklah dipenjara dengan perasaan lukanya sendiri.
Maya yang berada dalam dukungan hangat Intan seolah mendiam diri, seumpama selesa. Baru saja melangkah beberapa langkah, telefon di dalam kocek kanannya, berbunyi lagi. Lagu Anuar Zain, Demi Cinta Kita Berlagu Lagi ,segera Intan memandang ke skrin. Mesej daripada ibu.
Di baru saja balik dr Tourus. Banyak hadiah untuk Intan. Bila nak balik?.
Mesej ibu seolah mencalarkan lagi hati Intan yang sudah lama luka, sementara parutnya pun masih belum sembuh. “Ya lah tu. Dia dapat ke Tourus, pergi berbulan madu, aku pula hanya dapat hempedu,” Intan berkata sendiri. Perlahan, sekadar berbisik.
“Apa kak?” Intan menerima kejutan dengan soalan Olis, dia terlupa sebentar yang dia sedang berjalan seiringan bersama Olis.
“Tak ada apa.”
“Kak ada buah hati tak?”
“Kenapa pulak?” Intan terasa pelik dengan soalan Olis.
“Tak ada, tanya aje.”
“Hmm ada. Tadi tu buah hati kak Intan la.”
“Hmm iya ka. Kak dah ada kekasih. Habis tu kasihanlah abang Dzar.”
“Abang Dzar… Olis kan ada. Abang Dzar tu okey apa. Macam hero hindustan, hidung mancung, keningnya lebat, suaranya sedap didengar, serak-serak basah. Usahawan berjaya lagi,” puji Intan, sekadar menduga jawapan daripada bibir budak perempuan 18 tahun itu.
“Memang la hensem, tapi kak, manalah padan dengan Olis. Olis kan budak-budak lagi. Lainlah kalau kak. Padanlah kak dengan dia. Kak tahu apa yang perkara paling penting yang ada pada abang Dzar?”
“Apa dia?” Intan terus mengasak Olis, sekadar pelik dengan kenyataannya.
“Walaupun dia bela kambing, baunya tak macam kambing. Bau abang Dzar tu, wangi.” Kata-kata Olis menggeletek hati Intan menjadikan dia ketawa berdekah. Intan mengakui hakikat tersebut. Wangian musk yang dipakai Dzar kerap kali menjadikan dia menarik nafas sedalamnya, buat menghidu wangi yang melekat di hidung tatkala angin menyapa wajahnya.
“Akak dah ada kekasih?”
Perkataan ‘kekasih’ melahirkan kejanggalan kepada Intan. “Namanya A.Z..” Segera dia menjawab.
“A.Z.. Ahmad, Anuar, Adam, Azhar, Azman…berilah klu…”
“Kalau beri klu pun apa bezanya?”
“Ada, nak teka… la.”
“Kan kak dah bagi klu, baru je menyanyi tadi.”
“Menyanyi?... Anuar Zain? Anuar Zain tu marka akak?.. tipu. Kak ni teruklah. Saja aje mengenakan Olis.” Intan hanya ketawa berterusan mendengar ayat terakhir Olis. Sepandai-pandai Olis akhirnya terkena juga dia.
Setibanya mereka di sana, mak ngah serta pembantunya masih sibuk memasak.
“Olis, telefon ‘sinoman’ kita, minta mereka sedia di tempat biasa. Mak akan ambil dengan van jam 11 pagi. Jangan lambat.” Mak ngah segera mengarahkan Olis menelefon pekerja mereka yang akan menyajikan makanan nanti. Intan hanya mendengar perkataan sinoman itu dengan perasaan yang terpinga-pinga. Agaknya apalah maksud ‘sinoman’ itu? Selesai urusan Olis, Intan segera menyapanya.
“Sinoman tu apa Olis?”
Olis hanya tertawa mendengar soalan Intan. “Hai orang bijak berbahas pun tak tahu juga. Maksudnya peramu saji, orang yang menghidangkan makanan.”
Intan hanya tertawa balik. Maya sengaja dilepaskan turun daripada dukungan Intan, segera kanak-kanak montel berusia dua tahun berlari mengejar anak ayam yang berlarian di tepi dapur besar mak ngah.
“Jadi kak Intan memang tak ada pakwe la?” Intan menjadi pelik dengan soalan Olis lagi. “Tidak puaskah dia dengan jawapan aku sebelum ini.” Intan berkata sendiri. Berdiam diri kan lebih baik daripada memberi jawapan yang tak pasti. Dan tiba-tiba suasana menjadi sunyi, sepi. Dalam kesunyian itu, Intan melihat sebuah lori kecil kelihatan meluru masuk ke arah jalan menuju dapur mak ngah.
“Abang Dzar tu.” Jeritan yang perlahan menyedarkan Intan. Segera dia mengangkat Maya ke dukungannya semula dan berdiri di tepi jalan bagi memberi laluan kepada kenderaan Dzar. Dari jauh terlihat Dzar meluahkan senyumannya. Dada Intan tiba-tiba berombak kencang, agak aneh situasinya.
“Entahlah Dzar, aku tak pasti kalau aku boleh lagi membuka ruang hatiku untuk sesiapa lagi. Aku tak pasti. Mungkin sudah tiba masanya aku membiarkan Adam pergi daripada jiwaku.” Hati kecil Intan berdetik perlahan. Tapi dia tidak pasti dengan hatinya sendiri. Adam! Dzar! Adam! Dzar! Mindanya ligat berbicara sendiri.

No comments:

Post a Comment