Terima kasih daun keladi, silalah bertamu lagi.. Novel , akan datang: Disember 2010

Terima kasih daun keladi, silalah bertamu lagi..  Novel , akan datang: Disember 2010
Sudah terbit Feb 2011

Promo Cinta Sikunang-kunang

Lokasi cinta: Bukit Mertajam (seberang perai),Melaka, New York dan Toulouse (Perancis) Petikan hanya 1/2 bahagian sahaja.
Promo Pengenalan.
Promo Bab 1 Intan Irdina : aku adalah Irdina.(petikan 1-3) Ditamatkan di tempat /situasi yang sama.
Promo Bab 2 Kapten Adam Farqis: aku adalah Adam..Ditamatkan dengan tempat/situasi yang sama.
Promo Bab 3:aku adalah Intan Adeena. Ditamatkan dengan situasi/tempat yang sama..
Promo Bab 4:permulaan bab yang baru. Tiada gantinama 'aku' lagi... (bahagian 1 sahaja)
Promo Bab 5. Cerita mama... (bahagian 1 sahaja)
Promo Bab 6: bahagian 1 sahaja
Promo Bab 7: Bahagian 1 sahaja
Promo Bab 8: Bahagian 1 sahaja
Promo Bab 9: Bahagian 1 sahaja
Promo Bab 10: Bahagian 1 sahaja
Bab Ending.. Bab 10 : Bahagian 9 : akhir bab..
Pendapat pembaca: Lihat Reviews Pembaca.

Followers

Ruang Komentar.. Terima Kasih atas komen/soalan anda..

Sunday, January 9, 2011

Promo, Bab 1... petikan 3

3
Aku bersiap seadanya, sekadar menyarungkan jeans trend terkini yang seakan-akan lusuh, kemeja-T biru berwarna biru lembut. Cepat-cepat aku sisirkan rambutku yang pendek, menyepitnya dengan klip rambut berbentuk rama-rama Bonita. Terasa malas untuk menyapu bedak lagi ke pipi, biarlah rasanya kulit mukaku bernafas sedikit.
Sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke kereta Alfa Romeonya, dia terus bertanya.
“Macam mana Intan, you sudah fikirkan pasal kita?” Terkedu aku dibuatnya. Otakku ligat memikirkan bagaimana aku dapat mengalihkan soalan dia tadi. Sejak dua tiga minggu ini dia asyik menghimpitku dengan persoalan yang rumit.
“La, ingat nak tanya Intan dah makan ke belum? I belum makan pun lagi. Baru saja nak buka tudung saji, you dah sms,” kataku separuh sesal dengan sikap dia. Aku mengandaikan dia lebih prihatin sedikit.
“Maaf sayang, terlupa nak tanya. Kita mula semula ya,” pujuk dia. “You laparkan? Kita pergi makan dulu.” Aku lega.
“Nak makan apa Intan?”
“Apa-apa aje. Janji makanan.”
“Apa-apa aje, tak ada jual,” disambungnya dengan ketawa mengejek. Lantas aku mencubit lengannya kerana kegeraman.
“Kedai mamak okey?”
“Okey aje,” jawabku sambil menjeling dia kembali.
“You dah bayar puasa you?” Tiba-tiba sahaja muncul soalan sebegitu terhadapku. Agaknya prihatin denganku.
“Dah, masa Syawal tahun lepas lagi. Mak I selalu ingatkan kami agar membayar hutang cepat-cepat.”
“You tahu Michael Jackson sudah meninggal. Jacko, MJ, apa pun gelarannya.” Nampaknya aku sudah peroleh tajuk baru untuk menukar tajuk perbualan. Asalkan jangan dia bawa lagi aku ke soalan pertama kami tadi.
“Intan, satu dunia tahu Jacko meninggal. Takkanlah I pulak yang tak tahu. I baru balik dari LA you. Di sana lagi dahsyat. Orang meraung-raung sepanjang jalan. I ingat, Hindustan sahaja pandai meraung, orang putih pun sama aje. Di depan UCLA, dekat di Walk of Fame, di depan rumahnya di Holmby Hills, ramai orang berkumpul, menangisi kematiannya. I nak keluar berjalan-jalan ke LA pun rasa cuak jugak.” Betul juga kata dia, aku terlupa yang dia baru semalam pulang dari Los Angeles. Masakan dia tidak sedar kehilangan Michael Jackson. Dia malah berada di ‘bumi’ MJ.
“Kasihan dia kan. Itu lah masalahnya. Kalau sebanyak mana pun wang yang kita ada, kalau jiwa yang tidak ‘kaya’, kita akan merana,” kataku merujuk kepada Michael Jackson. Dia mengangguk-angguk kecil. Aku biarkan sahaja dengan ngomelannya. Melayan jauh tentang Jacko yang satu masa dulu pernah menjadi idolaku. Kelahirannya setengah abad yang lalu walaupun jauh berbeza dengan usiaku yang baru mencecah 25 tahun tidak pernah menjadi penghalang untuk meminati muzik popnya.
Lagu MJ dialun perlahan di radio, aku menghayati lirik lagu yang sudah tinggal hampir separuh dinyanyikan.
Heal the world,
make it a better place,
For you and for me and the entire human race…
Aku tidak memahami kenapa MJ menjadi antara ikon muzikku, padahal aku belum lagi lahir pada kebangkitan album Thriller yang memuatkan lagu Billie Jean dan Beat It. Yang aku ingat, album tersebut memenangi lapan anugerah Grammy dan muncul sebagai album terlaris sepanjang zaman. Tragedi dan berita pencabulan MJ terhadap kanak-kanak menjadi isu yang menggemparkan dunia buat seketika.
Tiba-tiba terdengar namaku dipanggil berkali-kali.
“Berangan ya. Padanlah. Penat I bercakap, bertanya itu ini, padanlah tidak bersahut. Rupanya berangan tak sudah,” suaranya berbunyi perlahan.
“Maaflah Adam. Tengah fikir pasal Michael Jackson. I pelik, ikon dan pencetus fenomena macam dia mengalami kekosongan jiwa.”
“Macam I juga la. Sudah lama I merasakan jiwa ini kosong. Sudah lama I minta you fikirkan pasal kita. I want to marry you.” Terkedu aku dibuatnya. Sekali lagi aku dihujani soalan yang sukar untuk dijawab. Sebenarnya bukan aku tidak mahu berkahwin dengan dia, masalahnya masa. Aku perlukan sedikit masa lagi, setahun dua barangkali.
“You know my answer right. Give me some time, please. I need to get myself ready for the commitment, please.” Entah berapa kali aku merayu dia. Aku jadi lelah dengan soalan dan persoalan begini setiap kali juga kami bertemu. Banyak lagi komitmen yang perlu aku galas. Pertama, aku ingin sekali membahagiakan ibuku, mendapatkan rumah yang lebih selesa. Kasihan mak, dari mudanya sehinggalah ke penghujung usianya terperangkap di rumah yang kecil, macam sarang merpati. Kedua, penting sekali untuk memberikan laluan kepada adikku, Adeena berkahwin dahulu supaya hatiku terasa lega apabila ada lelaki lain yang menjaganya kelak. ‘Kau tidak akan lari daripadaku, kan Adam?’ Mahu saja aku bertanyakannya, tapi terasa segalanya bagai tersekat di kerongkong.
“I tahulah you memuja Michael, tapi dia dah tak ada. I kan ada. Kalau you nak I menyanyi, I boleh lakukan tapi kalau nak suruh I reka lagu macam dia, yang penuh rasa kemanusiaan dan penghayatan, I tak boleh buat. I memang kalah dengan dia.” Aku terkedu mendengar kata-kata Adam. Aku sedar semuanya adalah ayat gurauannya, tetapi dalam gurauan, ada ayat sinis yang seolah membakar hujung gegendang telinga. Cepat-cepat aku mencari akal baru bagi mengubah perbualan kami yang mulai dingin.
“You nak teka sesuatu tak?”
“Apa dia?”
“Apa benda yang masa kecil dia hitam, bila besar menjadi putih?”
“Benda ke orang?”
“Orang pun boleh juga,” aku menjawab sambil tergelak besar. Aku agak tentunya dia mengetahui jawapan yang satu itu.
“Siapa lagi kalau bukan MJ, Jacko.” Dia pun tergelak sama.
“You pulak jawab teka-teki I. Apa dia benda yang kadang-kadang putih, kadang-kadang hitam?”
“Entahlah Adam. Benda ke orang?”
“Binatang.”
“Entah.” Fikiranku menjadi buntu.
“Penguin jatuh bukit. Belakang dia kan hitam, di depan putih, jadi nampaklah hitam dan putih berselang-selang.”Kami ketawa bersama.
“Kasihan MJ kan. Dia tak yakin atau mengalami keadaan yang tidak yakin sangat dengan diri dia, sebab tu dia ambil keputusan tukar semua perkara tentang diri dia. Padahal, kalau dia kekal hitam, dengan hidung kembang pun, orang tetap akan jadikan dia ‘idol’ juga. Dia memang berbakat. Dia tak perlukan faktor Z atau H untuk popular. His X factor is his voice. He’s talented.” Segera aku bertukar cerita kembali kepada Michael Jackson. Kemudian aku menyambung-nyambung ayat dalam hati sendiri. Tidak mengejutkan juga dia muncul sebagai antara penghibur yang paling banyak mengumpul dana untuk bantuan kemanusiaan. Yayasan kebajikannya, Heal The World Fountain contohnya telah berjaya mengumpul beratus-ratus juta dolar bagi membantu kanak-kanak yang malang serata dunia.
“MJ itu mengalami kekosongan jiwa. Itulah masalah dia. Tak dapat tidur. Masih terasa bagai ada yang tidak sempurna pada dirinya.” Sengaja aku terus bercerita mengenai Mj supaya dia tidak terlalu memikirkan soal hubungan kami.
“Itu I setuju Intan. Itulah, kekosongan jiwa dia. Tak ada soul. Macam I juga, rasa macam tak ada soul. I want you to be my soulmate.” Sekali lagi aku terkedu panjang. Alahai Adam, alih-alih berbicara tentang perasaan lagi. Aku terkesima lagi. Bagai ada yang tidak padan antara kami berdua. Pelik juga apabila kapten kapal terbang yang kacak rupanya tergila-gilakan aku. Kami berdua bagaikan pipit dan enggang yang kelihatannya sukar untuk terbang bersama. Dia kacak. Kalau diiklankan dia masih lagi ‘kosong’, agaknya berbaris panjang perempuan di Lembah Klang ini. Maklumlah, juruterbang yang kacak, anak orang kenamaan yang kebetulan berada pula. Sedangkan aku? Aku hanyalah Intan Irdina, seorang perempuan biasa yang tidak punya kelebihan apa-apa pun. Selain daripada pekerjaanku sebagai eksekutif di sebuah syarikat perlancongan, aku hanyalah seorang wanita biasa. Aku andaikan tiada yang luar biasa tentangku.
Segera aku mengalihkan fikiranku ke sudut lain di hadapanku. Seandainya terus-terusan berfikir tentang perbezaan antara kami pun, aku seolah tidak tidak dapat berpisah dari Adam.
“You masih ‘minum’?” Aku sekadar bertanya. Sengaja aku mengubah topik perbualan. Kenapa perlu menyibuk berbincang mengenai perasaan dan orang lain padahal masih banyak perkara yang kami boleh berbincang soal kami. Dia agak tenang mendengar soalanku.
“Tentulah kena minum. Kan kita perlu minum lapan gelas air sehari?” Dia bertanya balik kepadaku. Aku mula panas hati. Bagaikan mahu ‘meletup’ dibuatnya. Dia tahu persoalan sebenar yang aku lemparkan kepadanya. Tidak perlu dia berloyar buruk lagi.
“You tahu apa maksud I. You ada minum Brandy, Whiskey atau Vodka?” Aku menjurus soalan sebenarku kepadanya.
“I ni mungkin moden Intan, tapi I tak pernah minum semua tu.”
Jawapannya melegakan aku. “Baguslah kalau begitu. Hijrah bagaimanapun mestilah dilakukan kerana niat sendiri. Bukan kerana orang lain.”
“Betul tu Intan. Tapi kenapa you cakap macam tu. Pelik saja ayat you tu. You nak berpisah dengan I? Kenapa Intan? I ada buat salah dengan you ke?”
“Tak. Mana ada.” Aku memujuknya perlahan. Aku tidak mahu juruterbang di sebelah aku ini salah anggapan pula dengan kenyataanku. “Perubahan mesti dilakukan dari dalaman you, bukan sebab I suruh. Ada you sembahyang?” Soalan pendek yang aku rasa ‘panas’. Sebagai seorang muslim, walau pun aku sendiri tidak sesempurna mana, apalah salahnya kalau saling ingat mengingati antara satu sama lain.
“Ada. I kena belajar lagi Intan. Sembahyang musafir, atas kapal terbang. You tahu la kerja I. Terbang sana sini.”
“Baik you dapatkan ustaz, Adam. Belajar ni kena berguru, kalau tidak sesat kita nanti. Lepas tu bolehlah you semak terus pelajaran melalui internet dan sebagainya. Sebab tu I mahu tangguh dulu soal kita. Kita mesti bersiap sedia tentang semua perkara, terutamanya pengetahuan agama. Kelak nanti, jadi ibu dan bapa, tapi tak ada pengetahuan agama. Macam mana? Sekarang ni ramai anak-anak muda yang menjadi nakal dan jahat sebab tidak dibekalkan dengan agama secukupnya.” Aku memujuknya lagi dengan lembut. Dia hanya mengangguk. Maaflah Adam. Aku ini kadang kala berlagak macam ustazah walau pun diriku sendiri masih tidak sesempurna mana.Terasa kesunyian mencelah di antara kami. Kelu. Dingin. Sunyi.

No comments:

Post a Comment