Terima kasih daun keladi, silalah bertamu lagi.. Novel , akan datang: Disember 2010

Terima kasih daun keladi, silalah bertamu lagi..  Novel , akan datang: Disember 2010
Sudah terbit Feb 2011

Promo Cinta Sikunang-kunang

Lokasi cinta: Bukit Mertajam (seberang perai),Melaka, New York dan Toulouse (Perancis) Petikan hanya 1/2 bahagian sahaja.
Promo Pengenalan.
Promo Bab 1 Intan Irdina : aku adalah Irdina.(petikan 1-3) Ditamatkan di tempat /situasi yang sama.
Promo Bab 2 Kapten Adam Farqis: aku adalah Adam..Ditamatkan dengan tempat/situasi yang sama.
Promo Bab 3:aku adalah Intan Adeena. Ditamatkan dengan situasi/tempat yang sama..
Promo Bab 4:permulaan bab yang baru. Tiada gantinama 'aku' lagi... (bahagian 1 sahaja)
Promo Bab 5. Cerita mama... (bahagian 1 sahaja)
Promo Bab 6: bahagian 1 sahaja
Promo Bab 7: Bahagian 1 sahaja
Promo Bab 8: Bahagian 1 sahaja
Promo Bab 9: Bahagian 1 sahaja
Promo Bab 10: Bahagian 1 sahaja
Bab Ending.. Bab 10 : Bahagian 9 : akhir bab..
Pendapat pembaca: Lihat Reviews Pembaca.

Followers

Ruang Komentar.. Terima Kasih atas komen/soalan anda..

Monday, January 17, 2011

Bab 6, petikan 1..

Perkahwinan Adam Falqis dan Adeena: akan bermulakah bahagia atau permulaan sebuah derita....





BAB 6: MUSIM CINTA BERPUTIK
1

“Saya rasa, budak-budak berdua tu macam masih orang asing kak. Pelik. Tak tahu macam mana mahu nasihatkan si Adam tu.” Datin Zurina meluahkan kekesalannya kepada Kasih. Program televisyen di hadapannya bagai tidak lagi menarik minat ibu pertengahan umur ini. Hal rumah tangga Adam ini menjadi keutamaan hidupnya sekarang.
“Kak pun perasaan juga. Adam macam tak banyak bercakap dengan Di. Sepatah kata Di, sepatah dijawabnya. Lepas tu, selalu juga Adam keluar malam dengan kawan-kawannya. Masa Zurina tak ada seminggu lepas, pergi ke Eropah, lagilah ligat si Adam tu.” Kasih meluahkan rahsia yang selama ini disimpan. Kasih masih ingat lagi, setiap kali Adam balik daripada tugasan luar negara, dia seakan tidak betah tinggal di rumah, satu amalan yang agak pelik kerana dia tidak pernah berkelakuan sebegitu sebelum ini. Mungkin mahu mengelak daripada berhadapan dengan isterinya.
“Itulah kak, ingat nak balik ke Sabah. Sudah lama juga kat KL ni. Dah rindu dengan cucu. Tapi kalau hal budak-budak berdua ni tak selesai lagi, terpaksalah Zurin tunggu di sini,” Datin Zurina melepaskan keluhannya perlahan. Dia terkenangkan cucu-cucunya, Farina dan Farhana, anak kepada adik Adam di sana. Jauh di sudut hatinya, dia simpati dan empati sekali dengan nasib Di. Apalah maknanya perkahwinan, kalau suami tidak meletakkan dia sepenuh jiwa ke dalam hatinya.
“Nanti Zurina cubalah berbincang dengan Adam. Keadaan ni tidak baik untuk rumah tangga mereka. Walaupun Di tidak dipukul atau hina tapi kalau Adam berterusan tidak mempedulikan dia, lama kelamaan jiwanya akan mati. Di tu budak baik. Pandai ambil hati kita. Kasihan dia,” Kasih menyambung ayatnya sambil merenung tangga atas. Di sudah lama naik ke bilik untuk tidur. Adam dalam minggu ini sudah kembali bertugas ke Los Angeles lagi.
“Yalah kak. Di zaman teknologi ini, ramai anak dara yang nak goreng ikan pun tak pandai, apa lagi yang pandai buat kek macam Di tu. Sebut pasal kek, esok kita ajak Di keluar, beli cheese. Nak minta Di buatkan kek keju untuk usrah di rumah Fieza.”
“Oh ya, usrah dengan Dato’ Dr.Fatimah El Zahraa. Hari Jumaatkan. Ada dua hari lagi, sempatkah?
“Sempatkan. Berapa jam sangat nak masak kek tu?” sempat Datin Zurina menyampuk.
“Oklah kak, tidur dululah. Sudah jam 11 lebih, agaknya Farid dengan Busu lewat balik lagi.”
“Pelik pulak lah Zurina, bulan ni sudah dua kali ke JB, ada apa di JB? Jangan-jangan nanti, ada projek lain pulak. Senyap-senyap Busu buka cawangan baru.” Kasih mulai mencurigai kegiatan suaminya di JB.
“Akak ni, ke situ pulak. Farid ada tunjukkan gambar dan plan mereka di JB. Ada projek masyarakat, buat rumah untuk TNB untuk rakyat miskin. Lagi pun Farid kan ada di sana. Jadi projek kerjasamalah ni.” Datin Zurina menerangkan kepada Kasih bagi meredakan kerisauannya.
“Lega mendengarnya. Bila tanya Abang Busu, dia tak tahu nak bercerita, dia cuma kata buat rumah. Kak takut dia pulak yang buat `rumah’ lain.” Kasih menamatkan dengan ketawa. Terasa geli hati juga dengan sikapnya. Sudah jauh tua-tua begini untuk menempatkan rasa curiga dalam hati, seperti tidak mempercayai suami pula. Bimbang di hatinya terasa surut serta merta. Manalah tahu, diam-diam, suaminya memadukan dia pula.
“Jom lah kita tidur. Di dah tidur ke?” soal Datin Zurina kembali.
“Dah agaknya, sudah lama dia naik ke atas.”
“Tak apalah, nanti Zurina akan bincangkan dengan Adam. Janganlah Kak Kasih bimbang. Zurina pun tak suka melihat situasi budak-budak tu.” Mereka berdua melangkah ke bilik tidur masing-masing.
Di yang berada di dalam biliknya sudah lama mencuba untuk melelapkan mata. Memorinya dahulu silih berganti berganti antara bebola matanya. Indahnya rasa semasa dia dan Adam bertemu dahulu. Sikap Adam yang mesra, suka bergurau menggamit ingatan lamanya, sangat berbeza dengan sikapnya sekarang. Di sememangnya sedar yang dia agak pendiam tetapi kebiasaannya Adam akan cuba mencungkil cerita daripadanya. Tidak seperti sekarang, Adam seolah kecewa atau tidak langsung mencuba berkomunikasi langsung dengannya. Fikiran yang berserabut dengan pelbagai ingatan mungkin menjadikan dia tidak dapat melelapkan matanya. Sesekali dia terkenangkan kakaknya, Intan. Sejak berbulan lamanya langsung tiada berita daripadanya, tidak melalui sms, e-mel atau pun berchatting melalui Facebook. Di langsung bangun menuju ke arah meja kecil di sudut bilik tidurnya. Di sana, Adam menempatkan laptopnya, sudut interaktif, seperti yang selalu disebut oleh mama.
Di segera mengaktifkan laman web Facebooknya. Dilihatnya tiada nota yang menarik. Balik-balik cerita kawan yang kebosanan, yang balik kampung atau bercuti. Dia segera menarik mouse komputer mencari ikon chat, melihat jika ada rakannya yang boleh diajak bersembang. Dia seakan mahu bersorak sendirian melihat nama Liyana di ikon chat. Di menekan klik pada nama Liyana untuk menghubunginya.
Di: As Salam, Yana. Kat mana?
Yana: Waalaikummussalam. Hai Di, pengantin baru. Baik ke? Dah balik KK? Macam mana?
Di: Biasa aje. KK seronok, cuma Adam aje, tak menyeronokkan.
Yana: Lain macam je bunyinya, apa jadi? Adam tak ada ke ni?
Di: Tak ada apa yang jadinya.. tapi entahlah, lain macam aje. Adam terbang ke LA lagi.
Yana: Maksudnya…? Kau kebosanan sebab Adam tak ada ye?
Di: Kalau Adam ada pun sama juga. Mahu bercakap pun macam bersukat saja perkataannya. Aku rasa tension. Dia tak fun macam dulu-dulu. Macam kita keluar sama dulu-dulu.
Yana: Ala, baru lagi Di. Berilah dia masa. Kau pun kenalah cari tajuk untuk break the ice. Kalau kau asyik diam aje, dia kehabisan topik la. Carilah apa yang dia minat.
Di: Aku tak tahu. Kami macam orang asing. Honeymoon pun tak seronok tau. Tangan aku pun dia tak pegang.
Yana:Oooo. Tangan dia tak pegang, benda lain dia pegang tak?
Di tergelak sendiri melihat perkataan tu di skrin komputernya. Di sedar kawannya cuma bergurau.
Yana: Aku tunggu ni, mana jawapannya..helo....
Di: Mana ada pegang-pegang! Aku sudah jadi macam dinding agaknya dengan dia. Kalau ada mama atau Mak Kasih, dia lebih okey, cakap banyak sikit.
Yana:Sabarlah Di. Sekurangnya kau masih berkahwin dengan lelaki yang kau cintai. Lama-lama nanti dia akan okeylah. Ada berita tentang Intan?
Di tergamam juga dengan soalan itu? Rasa bersalah segera menyambar benaknya. Kalau dia hanya risaukan gelagat dan tindakan Adam terhadapnya, apatah lagi Intan. Intan kehilangan Adam terus daripada hidupnya.
Di: Tak ada berita langsung. Intan sudah buang aku dari menjadi teman di Facebooknya. Aku langsung tak ada berita tentangnya. Sms, e-mel semuanya tidak dibalas. Aku cuma tahu tentangnya daripada ibu saja. Khabarnya dia okey.
Yana: Aku pula rasa bersalah untuk menghubunginya. Walaupun aku sedar soal jodoh adalah urusan Allah, tapi, tentang hal ini, kau dan Adam, terasa bagai kamilah master mindnya.
Di: Mastermind.. Apa maksudnya? Aku tak fahamlah Yana.
Di memang agak pelik dengan perkataan itu. Kenapa pula Liyana mengutarakan perkataan itu. Di tidak pernah mendengar cerita perihal yang boleh mengaitkan kedaan itu.
Yana: Sebelum ini, ada mama Adam meminta kami datang ke rumahnya. Dia ada tanyakan pasal Adam dan Intan. Aku dan Latifah membuka cerita tentang bagaimana kau dan Adam yang keluar bersama. Kan kita ada keluar bersamakan. Entahlah, agaknya mama Adam membuat keputusan berdasarkan penilaian kami.
Di: Penilaian kau dan Tipah? Maksudnya.
Yana:Kami hanya bercerita hal yang sebenar. Kan Adam terlebih dahulu kenal dengan Di, lepas tu baru beralih dengan Intan.

Barulah Di memahami keseluruhan cerita yang berlaku antara dia dan Adam. Padanlah semasa Datin Zurina datang ke rumahnya, mama Adam nampaknya yakin benar dengan pilihan yang dibuatnya. Agak memelikkan pada firasat Di, mama Adam memilihnya jika dibandingkan dengan Intan yang sudah lebih lama mengenali Adam.
Di: Terima kasih sebab menceritakan hal sebenarnya Yana. Kadangkala aku rasa bersalah juga. Aku pun ada rahsia besar. Aku rasa berdosa melakukannya.
Yana: Apa Di?Apa yang kau lakukan?
Di: Entah bagaimana Intan tertinggal sim kad telefonnya di bawah katil sebelum ke Kulim, jadi aku gunakan sim itu ke telefon aku, dan Adam ada menelefon.
Yana: Lepas tu…
Di: Aku bercakap dengan dia tanpa dia menyedari aku ini bukannya Intan. Adam mengatakan yang mamanya mahu bertemu Intan, jadi aku mengajak dia ke rumah hari Sabtu, semasa Intan ke Kulim untuk temu duga. Aku hanya mahu bertemu mama Adam. Itu sahaja. Tidak pula aku sangka kemudiannya akan berkahwin dengan Adam. Aku…
Yana: Okey… Di… Perkara ini sudah berlaku Di. Kau kena buang rasa bersalah kau. Semuanya sudah ditakdirkan Allah. Lagi pun sekarang ni kau janji dengan aku Di. Janji dengan aku, jangan bagitahu orang lain pasal hal ini. Kalau Adam tahu, dia akan membenci kau. Kalau mak mertua kau tahu, lagi teruk nanti. Yang lepas tu lepaslah, janganlah kau pening-pening kepala lagi. Lupakanlah. Semuanya digerakkan oleh Allah. Tapi…”

Di mengangguk kepalanya perlahan. Semuanya telah berlaku. Tiada apa lagi yang boleh dilakukan sekarang ini. Yang penting dia mesti menerima segalanya dengan hati yang terbuka. Realitinya dia sudah bergelar Mrs Adam. Dan dia juga mesti bertindak bagi memenangi hati Adam semula.
Di: Tapi apa Yana?
Yana:Kalau kau jumpa Intan, kau mesti minta maaf daripada dia. Kau ingat tak lagi, Adam kan suka makan kek kau. Kek Keju dan Kek Rasberi kau kat parti rumah aku. Masa kita jumpa dia kali pertamakan, kau juga bawakan kek coklat yang campur kacang pelcan tu, kan dia suka. Kau masakkan kek tu bila dia balik.
Di: Ya lah Yana. Aku tak tahu lagi kalau sebiji kek boleh mengubah perasaan dia kepadaku. Sebiji kek boleh membawa perasaan cinta!
Di mengucapkan perasaannya dengan rekahan pilu di hatinya.
Yana: Berfikir dengan positif Di. Tanya mama kau tu apa yang Adam suka makan, atau tanya Mak Kasih tu. Memasak kan kelebihan kau, kau gunakan senjata tu.
Di: Senjata-senjata juga, kalau tak jadi juga, macam mana?
Yana:Jadi punya. Lama-lama nanti, dia sayanglah engkau. Dulukan pernah dia sukakan kau. Sekarang ni kau isteri dia. Okey. Dah lewat ni, aku chow dulu. Bila-bila senang kita chat dulu. Kau jangan risau ya Di. Kaulah wanita yang paling baik pernah aku jumpa. Nombor dua tau.
Di: Nombor dua aje. Nombor satunya siapa?
Yana: Aku la. he he he. Okey. Selamat malam. Assalamualaikum.
Di: Waalaikummussalam.
Deena mematikan semua aplikasi dan sambungan internetnya. Dia memanjat katil besarnya lambat-lambat. Anehnya perasaan yang dia rasakan sekarang ini. Dahulu semasa dia berada di rumahnya, walaupun saiznya kecil, hatinya terasa besar. Dia bekerja dengan gembira, berlapang dada, cuma mengharapkan agar dia bertemu Prince yang akan membawanya ke istana bahagia. Malangnya berada di istana besar ini, hatinya terasa seolah kecil, tersisih begitu sahaja. Dan demi cinta, dia akan memenangi hati Adam semula.


************* Dan berjayakah dia memperolehi cinta sang suami yang masih memuja Intan Irdina, kakaknya sendiri?

No comments:

Post a Comment