Terima kasih daun keladi, silalah bertamu lagi.. Novel , akan datang: Disember 2010

Terima kasih daun keladi, silalah bertamu lagi..  Novel , akan datang: Disember 2010
Sudah terbit Feb 2011

Promo Cinta Sikunang-kunang

Lokasi cinta: Bukit Mertajam (seberang perai),Melaka, New York dan Toulouse (Perancis) Petikan hanya 1/2 bahagian sahaja.
Promo Pengenalan.
Promo Bab 1 Intan Irdina : aku adalah Irdina.(petikan 1-3) Ditamatkan di tempat /situasi yang sama.
Promo Bab 2 Kapten Adam Farqis: aku adalah Adam..Ditamatkan dengan tempat/situasi yang sama.
Promo Bab 3:aku adalah Intan Adeena. Ditamatkan dengan situasi/tempat yang sama..
Promo Bab 4:permulaan bab yang baru. Tiada gantinama 'aku' lagi... (bahagian 1 sahaja)
Promo Bab 5. Cerita mama... (bahagian 1 sahaja)
Promo Bab 6: bahagian 1 sahaja
Promo Bab 7: Bahagian 1 sahaja
Promo Bab 8: Bahagian 1 sahaja
Promo Bab 9: Bahagian 1 sahaja
Promo Bab 10: Bahagian 1 sahaja
Bab Ending.. Bab 10 : Bahagian 9 : akhir bab..
Pendapat pembaca: Lihat Reviews Pembaca.

Followers

Ruang Komentar.. Terima Kasih atas komen/soalan anda..

Monday, November 15, 2010

Ending...

   "Ending" atau penamat adalah klimaks kepada sesuatu penceritaan. Kebanyakan penonton cerita atau pembaca buku tentunya mahukan ending yang bagus. Jarang ada pembaca yang mahukan 'ending' yang tergantung kerana memeningkan kepala untuk menamatkan sendiri. Kalau saya membaca ending yg tiada penamat, rasa 'marah' pun ada juga.. 'Geram' pun ada.. kalau ending sendiri, rasanya 'kurang  seronok'... Tetapi kalau ending yang terang terangan begitu.. dan begini (boleh mengangak sangat2, takn "klise" dan "suspen", manalah best pulak.

  Kepada saya, lebih suka ending yang ada pilihan, a, b, dan c.. dan menamatkan denan keadaan yang tidak disangka.. Dalam ertikata lain, dalam klimaks ada 'suspen' yang tidak dijangka. Macam cerita Holloywood, apabila kita menjangkakan sedemikian, ianya terjadi begitu.

   saya masukkan sedikit ending, tetapi saya tinggalkan nama heronya as ........, kalau tidak, manalah suspen lagi...

9
            Songket berbunga, sarat dengan bunga tabur berbenang emas, berlatarkan  warna merah cili menjadi baju pelengkap yang menaikkan seri Intan di hari bahagianya. Baju persandingan yang dipinjamkan Datin Ruby menjadi penyeri Intan di Majlis Resepsinya di Dewan Bora Ombak. Siapa sangka, bekas bosnya begitu bermurah hati menaja busana pengantin untuk digayakan Intan. Datin Zurina dan Dato’ Farid pula beria benar menaja majlis perkahwinan Intan  di Bora Ombak.
Olis menolong Intan membetulkan baju kebaya labuh yang kelihatan duduk terletak elok di tubuh Intan. Kerongsang besar, emas tiga tingkat menjadi aksesori indah yang melengkapkan gaya pengantin baru. Kancing ibu yang lebih besar saiznya menjagi asas kepada keronsang, diikuti dengan keronsang anak-anak di bawahnya. Sementara, gelang kaki emas yang besar, bersaiz sebesar ibu jarinya, menjadi pelengkap di kanan dan kiri Intan.
“Berat sangat gelang kaki ni. Tak pakai, tak boleh ke?” Intan segera menyoal, Kak Nina yang menjadi pengandamnya.
“Ala kak, satu hari je jadi pengantin. Kena pakai, nanti tak cantiklah. Tak lengkap aksesorinya.” Olis memujuk sambil tersenyum.
“Ya lah, satu hari je.” Kak Nina menyambung sambil menyanggungkan rambut Intan dengan kemas. Penyembur rambut khas disemburkan sedikit ke rambut Intan agar sanggulnya duduk dengan kemas. Rambutnya dipinkan dengan kemas dan selesa. sanggup Lintang Tradisional yang telah dipermodenkan kemudiannya disemat dengan penyemat sanggul yang diperbuat daripada emas, yang terdiri daripada tujuh bilah.
“Sekejap saja lagi, nak touch up muka sikit saja lagi, Intan sudah siap.” Kak Nina menyambung kerjanya bagi menyiapkan pengantin baru. Intan agak gelisah bagi mengenakan make up yang berlebihan. Pada hari-hari biasa, dia lebih suka mengenakan make up secara sederhana sahaja.
“Kak Intan. Cantik kak hari ni. Tahniah ya, sudah  bergelar isteri orang.”
“Terima kasih Olis. Kalau tak kerana kunang-kunang malam tu, kak terus akan buntu lagi.”
“Ya lah kak, ada apa pada kunang-kunang tu  kak? Bagaimana pula kumbang kecil tu boleh menyelesaikan kebuntuan kak.”
Intan memusingkan wajahnya bagi mengadap Olis. Senyumannya berbunga mesra.
“Malam tu, Kak Intan perasankan, ada kunang-kunang yang menyeri malam Olis. Jadi, kak tak takut lagi akan melukakan hati dia. Kak tahu, hatinya akan terisi dengan Olis. Dan mungkin, sebenarnya, bukan kak yang menjadi penyeri malamnya. Bayangkan setiap kali, dia mahu merapati kak, dia akan berhubung melalui Olis.”Olis tersenyum malu-malu. Dia sedar siapa lelaki bertuah yang diucapkan Intan.
“Olis, jangan lukakan hatinya ya. Dia tu baik sangat.” Intan tersenyum lagi Bangga menyerahkan hati  rakan karibnya kepada Olis untuk diisi, dibajai kasih sayangnya dengan sepenuhnya. Pintu bilik diketuk perlahan. Olis segera menguak daun pintu. Dilihat mereka, Datin Ruby tersenyum menunggu di luar.
“Terima kasih kerana memilih dia kak. Hidup Olis tentu lebih berseri.” Intan memahami ayat Olis itu dengan nyata. Olis berterima kasih kerana Intan tidak memilih .......dan dia sendiri berpeluang menyerahkan hatinya untuk dimiliki Usahawan Pertanian itu. Ternyata keputusan Intan, menyenangkan hati semua pihak.
“Dah siap pengantin?, sekejap lagi pengantin lelaki tiba,” usiknya sambil tersenyum. Intan membalas dengan senyuman melirik kepada Olis dan Nina. Hatinya bergendang perlahan. saat mencemaskan sebenarnya sudah tamat malam semalam, apabila dia selamat diijab kabulkan dengan ‘kunang-kunang hatinya’. Dia yang datang menyeri hatinya, tatkala kegelapan kecewa menghilangkan  cahaya hidupnya. Dia baru kehilangan kembarnya yang meregut segala keindahan hidupnya. Dan Intan yakin, hanya dia bakal mengubah kehidupannya yang berbalan-balan.
Kasut yang diperbuat daripada kain baldu merah cili dan bersulam songket, dipakai terus. Intan berjalan perlahan menuju singgahsana, diiringi dengan Datin Ruby. Sepasang songket awan larat yang dipakai Datin Ruby, berwarna putih gading, bersulam bunga emas menjadi penaik seri kepada baju songket yang dipakai Intan. Pelamin berlapis kain lace Perancis seolah melambai sama, seindah perasaan Siti Sarah.
Mak ngah yang berada di meja berhadapan pelamin tersenyum bangga melihat Intan dan pasangannya di singgahsana. Bak kata pepatah, duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Kecantikan wajah Intan terserlah, bagaikan bunga Teratai kembang di pagi hari, sebaik mentari menjengah di alam, disambut dengan senyuman bunga di pagi hari. Siti Sarah juga tersenyum bangga melihat satu-satunya anak perempuannya di singgahsana.
Intan menjeling suaminya dengan ekor matanya. Sekadar melemparkan senyum pendek kepada suami di sebelahnya. Kata Mak Andam dipegang erat, “Anak dara di pelamin, janganlah melingas memandang keliling. Pandanglah suami hanya sekadar pandangan malu-malu, sekadar jelingan manja, supaya menampakkan ketertiban pengantin.”
Intan menjeling lagi, malu-malu. Seperti pesanan Nina. Dato’ Farid dan Datin Zurina dijemput merenjis pasangan pengantin. Ada senyuman berbunga di wajah mereka. Intan memandang kedua mereka dan diucapkan Terima Kasih. Intan menjeling manja ke arah pasangannya lagi, dengan perasaan malu-malu. Pandangan mata mereka bertaut, mesra. Ada cinta yang bermukim lagi, singgah dan menjalar ke seluruh urat darah yang mengalir. Terasa bagaikan ruang cinta telah mengisi setiap kuntuman bunga di pelamin indah. Sekali lagi, pengantin lelaki mencuri pandang akan isterinya, pandangan mesra Intan dan ....... bertaut lagi. Dan ombak cinta bagai menjarah setiap inci tubuh mereka. Ritma jantung berpalu, bersama irama indah muzik Kitaro yang mengiring Pelamin Cinta mereka di singgahsana.
“Intan, diamond of my love,”
“......warrior of my heart,” saling berbisik. Dan keduanya tersenyum berbunga mengiringi cinta yang baru bermula.




Sunday, November 14, 2010

Blurp... belakang novel

Blurp : adalah istilah petikan yang dimuatkan di belakang novel. Tujuan blurp adalah menonjolkan sedikit petikan atau latar atau cerita sesebuah novel.

****************************

“Ibu, Intan yakin sekali dengan pilihan Intan. Intan sudah temui kunang-kunang Intan.”

“Kunang-kunang?” bertanya si ibu lagi dengan perasaan pelik. Entah apa pula analogi yang digunakan Intan kali ini.




“Ibu, kelip-kelip ni hanya muncul di tempat gelap, juga di tempat yang istimewa saja. Datangnya memberi cahaya. Seperti dia juga. Datang bertandang di hati Intan, bercahaya.” Intan Irdina tersenyum lagi. Dia pasti dengan pilihannya kali ini.
*******************

Intan Irdina: Cinta yang disimpan untuk Kapten Adam Falqiss berkecai di tengah jalan apabila Adam mengahwini adik kembarnya, Adeena. Dzar Sallehhuddin dan Adi bersaing bagi mendapatkan cinta Exsekutif Ekonomi ini. Dan Adam kembali berjuang bagi meraih cinta setelah isterinya pergi…

Intan Adeena: Kembar yang bukan sahaja sama fizikalnya malah berkongsi lahiliah yang sama. Bersaing
dalam mendapatkan cinta daripada Kapten Adam Falqiss Bin Dato Ahmad Farid. Cukupkah sekadar
menjadi suri rumah? Berbulan madu di Toulouse, Perancis, cukupkah membina cinta? Adeena sering kali
merasakan cintanya dikhianati Adam. Wajarkah perasaannya?

Kapten Adam Falqiss : Intan Irdina adalah ‘ratu hatinya’. Sayangnya jodohnya bersama Intan Adeena. Deena cuba menawarkan cinta, tetapi hatinya telah diisi dengan cintanya kepada Intan Irdina. Sehingga Emily, anaknya lahir, dia cuba menawarkan cinta baru kepada isterinya tetapi ada masih ada masa untuknya, disaat sang maut membayangi isterinya.. Dan dapatkah dia diberi peluang cinta kedua setelah isterinya pergi buat selama-lamanya?

Dzar Sallehhuddin : Cukupkah sekadar memikat cinta Intan Irdina di Puncak Gunung Kinabalu? Dapatkan cinta diraih oleh Usahawan Tani ini? Cukupkah sekadar simpati dan empati?

Andrea Duilio Faustino : Bertemu & menjaring cinta di Bandaraya New York. Adakah pemuda Itali ini akan berjaya menawan hati Intan Irdina yang kegersangan? Kehilangan isterinya Yasmin, cukupkan dia bersedia untuk kehilangan ‘intan’nya juga.

**********************************************************
Bersama kita melayari cinta yang membawa anda mengembara ke Sabah, Negeri di Bawah Bayu,dan mengarak kasih di Bandaraya Toulouse serta Bandaraya terhebat dunia di New York… Realiti cinta hanya untuk yang berani untuk tidak menangisi dan merelakan orang yang tersayang pergi… Bersediakan anda? Realiti hidup, masih adakah peluang kedua untuk cinta!

www.norafuad.blogspot.com