Terima kasih daun keladi, silalah bertamu lagi.. Novel , akan datang: Disember 2010

Terima kasih daun keladi, silalah bertamu lagi..  Novel , akan datang: Disember 2010
Sudah terbit Feb 2011

Promo Cinta Sikunang-kunang

Lokasi cinta: Bukit Mertajam (seberang perai),Melaka, New York dan Toulouse (Perancis) Petikan hanya 1/2 bahagian sahaja.
Promo Pengenalan.
Promo Bab 1 Intan Irdina : aku adalah Irdina.(petikan 1-3) Ditamatkan di tempat /situasi yang sama.
Promo Bab 2 Kapten Adam Farqis: aku adalah Adam..Ditamatkan dengan tempat/situasi yang sama.
Promo Bab 3:aku adalah Intan Adeena. Ditamatkan dengan situasi/tempat yang sama..
Promo Bab 4:permulaan bab yang baru. Tiada gantinama 'aku' lagi... (bahagian 1 sahaja)
Promo Bab 5. Cerita mama... (bahagian 1 sahaja)
Promo Bab 6: bahagian 1 sahaja
Promo Bab 7: Bahagian 1 sahaja
Promo Bab 8: Bahagian 1 sahaja
Promo Bab 9: Bahagian 1 sahaja
Promo Bab 10: Bahagian 1 sahaja
Bab Ending.. Bab 10 : Bahagian 9 : akhir bab..
Pendapat pembaca: Lihat Reviews Pembaca.

Followers

Ruang Komentar.. Terima Kasih atas komen/soalan anda..

Sunday, January 9, 2011

Promo, Bab 1... petikan 2

2
Hujan gerimis yang melagukan lagu sedih dan pilu seolah tidak mahu berhenti sejak subuh lagi. Geriji besi tingkap yang sudah lama berkarat, kelihatan kasar, berbenjol-benjol rupanya. “Buruk sangat kamu ni,” aku bermonolog sendirian. Apalah hai nasib. Sejak kecil sehinggalah dewasa, inilah sahaja mahligai yang termampu diduduki sehingga aku, Intan Irdina dan kembarku, Intan Adeena menginjak dewasa.
Mata ligat memandang sekeliling. Alahai, bilik yang sempit hanya muat diisi dengan sepasang katil dua tingkat. Double decker. Inilah katil kami sejak kecil dahulu sehingga sekarang. Walaupun kami sudah mampu membeli katil yang jauh lebih selesa, malangnya saiz bilik yang kecil ini menghalang kami mendapatkan katil yang sudah lama aku cita-citakan. Maklumlah, bilik kami tentunya tidak akan muat dengan katil bersaiz queen apatah lagi bersaiz king. Di penjuru bilik, almari baju kami, bersaiz sederhana yang juga terpaksa dikongsi berdua. Ada juga baju-baju kami yang terpaksa berkongsi almari dengan bilik ibu di sebelah. Nasib baik dinding bilik dan rumah baru sahaja dicat semula, sekurang-kurangnya ada juga tempat perkara cantik untuk dilihat. Sepatutnya aku berterima kasih dengan Adeena kerana disebabkan dia kami mendapat pertolongan dengan mudah daripada jiran kami, Zulkifli dan Kamal. Sering aku membayangkan diriku sebagai Cinderella yang sentiasa menunggu putera idaman datang menyelamatkannya dari istana sempit dan membawanya pergi ke istana bahagia selama-lamanya.
“Hai, Cik Intan, melamun lagilah tu!”
Jeritan kembarku mengejutkan aku dari lamunan pendekku. Pandanganku segera tertumpu ke arah Deena di hadapanku. Dia agaknya memang tidak senang melihat aku berangan. Kerap sangat dia membawa aku kembali ke alam realiti yang menyesakkan aku.
“Kenapa? Kalau tak kacau orang, tak boleh ke?” Segera aku lontarkan ayat sinisku kepadanya. Deena tidak mempedulikan sindiranku, sebaliknya hanya tersengih memandangku kembali.
“Alah, memang betul pun. Asyik berangan aje. Dan lagi, memang la kena kacau orang. Kan rumah kita tak muat nak bela binatang dalam rumah.” Dijuihkan mulutnya kepadaku.
“Tak keluar hari ni?” Deena menyoalku lagi.
“Apasal nak sibuk pulak. Sejak bila kena bagi laporan kat Di?” Sengaja aku membeliakkan mataku kepadanya. Memang dia selalu menyibuk tentang semua perkara yang berlaku padaku. Kalau dilihatnya aku tidak keluar dari rumah, dia akan sibuk bertanya ‘bila mahu keluar?’, ‘dengan siapa aku keluar?’. Ibu aku sendiri pun tidak menyibuk bertanya itu dan ini.
Kami kembar seiras, kata orang, sukar sangat untuk membezakan antara aku dan Di. Kata jiranku, Mak Pah yang amat lucu tidak dapat aku lupakan.
“Kalau pandang dari atas ke bawah, sama aje. Kau orang ni kena pakai tanda nama, baru tak tukar orang.”
Itu kata Mak Pah, tidak juga aku setuju semuanya. Segera fikiran nakalku menerjah otak. Mahu sahaja aku menjawab, “Kalau tak pakai baju Mak Pah, tak sama kot.” Pun begitu, pandangan Mak Pah aku akur. Atas sebab itulah, aku sengaja memotong pendek rambutku ke paras bahu sementara Di pula membiarkan rambutnya mengurai hingga melepasi bahu. Biarlah apa pun kata orang, yang aku pasti kami ada perbezaan ketara antara kami.
“Hmm, apa yang bising-bising kat dalam ni. Malu didengar Mak Pah sebelah nanti,” suara ibu segera mendamaikan ‘perang Iran-Iraq’ yang mungkin meledak sebentar lagi. Wajah ibu yang berkerut, berdiri tercegat di hadapan kami, menjadikan Deena yang kadang kala kupanggil ‘adik’ atau Di segera berundur keluar dari bilik sempit kami.
“Ibu tanyalah sendiri anak kesayangan ibu tu” ujar Di selamba sebelum melangkah keluar dari pintu bilik kami.
“Ibu, kalau kawan Intan telefon, Intan nak keluar ya, boleh?” soalku cepat-cepat, melihat kepada riak wajah ibu. Mood ibu kelihatan tenang, sememangnya wajah ibu sentiasa mempamerkan wajah yang tenang, sebening air tasik di pagi hari. Seperti biasa ibu akan memberi keizinan kepadaku untuk keluar. Bagai diseru namanya, kulihat sms, daripada dia yang akan menjemputku keluar makan malam bersama dalam setengah jam lagi.

No comments:

Post a Comment