Terima kasih daun keladi, silalah bertamu lagi.. Novel , akan datang: Disember 2010

Terima kasih daun keladi, silalah bertamu lagi..  Novel , akan datang: Disember 2010
Sudah terbit Feb 2011

Promo Cinta Sikunang-kunang

Lokasi cinta: Bukit Mertajam (seberang perai),Melaka, New York dan Toulouse (Perancis) Petikan hanya 1/2 bahagian sahaja.
Promo Pengenalan.
Promo Bab 1 Intan Irdina : aku adalah Irdina.(petikan 1-3) Ditamatkan di tempat /situasi yang sama.
Promo Bab 2 Kapten Adam Farqis: aku adalah Adam..Ditamatkan dengan tempat/situasi yang sama.
Promo Bab 3:aku adalah Intan Adeena. Ditamatkan dengan situasi/tempat yang sama..
Promo Bab 4:permulaan bab yang baru. Tiada gantinama 'aku' lagi... (bahagian 1 sahaja)
Promo Bab 5. Cerita mama... (bahagian 1 sahaja)
Promo Bab 6: bahagian 1 sahaja
Promo Bab 7: Bahagian 1 sahaja
Promo Bab 8: Bahagian 1 sahaja
Promo Bab 9: Bahagian 1 sahaja
Promo Bab 10: Bahagian 1 sahaja
Bab Ending.. Bab 10 : Bahagian 9 : akhir bab..
Pendapat pembaca: Lihat Reviews Pembaca.

Followers

Ruang Komentar.. Terima Kasih atas komen/soalan anda..

Sunday, January 16, 2011

Petikan Bab 4, bahagian 1

BAB 4;DIMENSI KEHIDUPAN

1

Fikiran Adam seolah buntu, lagaknya bagai orang yang mabuk kepayang. Nalurinya berat mengatakan bagai ada sesuatu peristiwa buruk yang akan berlaku antara dirinya dan Intan, entah apa peristiwanya. Semalam dalam tidurnya, dia dihantui mimpi disandingkan bersama Intan. Berbaju songket emas sedondon. Wajahnya bagaimanapun tergambar masam mencuka, bagai ada menyimpan perasaan duka ditikam selumbar di dalam hati. Ganjil sangat gambaran peristiwanya. Padahal seluruh ahli keluarganya kelihatan riang dan tersenyum. `Mana mungkin, aku akan bermasam durja kalau disandingkan dengan Intan’, bicara hati Adam, mengeluh perlahan. Yang aku harapkan percintaanku dengan Intan tidak akan berakhir dengan tragedi. Dia bermonolog perlahan lagi. Dia berharap sangat, dia tidak akan ditimpa tragedi cinta seperti yang berlaku dalam sejarah keluarga Islam yang pertama. Sejarah tragedi korban percintaan yang paling awal digambarkan dalam tafsiran al-Quran yang berbentuk ayat Isra’illiyyat yang paling popular iaitu kisah pembunuhan Habil dan Qabil. Qabil sanggup membunuh Habil kerana enggan berkahwin dengan saudara kembar Habil yang dikatakan sederhana cantiknya jika dibandingkan dengan saudara kembarnya sendiri. Dia tidak tahu apakah kaitannya cerita Habil dan Qabil dalam kisah hidupnya tapi cerita itulah yang terlintas dalam benaknya di saat ini.

`Tapi apalah yang perlu digusarkan, mimpikan hanyalah mainan tidur. Ketika mata tertutup rapat, minda dan emosi yang berlegar menjadi seolah satu mainan dalaman jiwa. Berkemungkinan aku terlalu memikirkan ikatan dan perasaanku dengan Intan sehingga terbawa dalam tidurku.’ Dia berkata sendiri. Dia mencuba memujuk minda dan jiwanya sendiri. Kejadian mimpi ini bukanlah mimpi pertama bagiku. Dia cuba memujuk hatinya lagi. Sudah 32 tahun aku bermimpi, apalah yang pelik sangat dengan mimpiku ini.

Terdengar loceng pintunya dibunyikan. Adam bangun membukakan pintu. Fairuz, teman juruterbangnya.

“Kenapa muka you semacam aje Adam?” Soalan Fairuz menyapa gegendang telinga Adam lagi.

“Tak ada apa. Semalam I mimpi pelik.”

“Ala mimpi je. You pernah dengar tak kata Aristotle tentang mimpi? Dia mentafsirkan mimpi sebagai ‘pemikiran semasa tidur’. Jadi itu cuma pemikiran you semasa tidur aje. Tapi you mimpi apa?” Soalan Fairuz kedengarannya lucu. Kalau diberi jawapan, pasti dia akan tergelak pula.

Minda Adam terus berkata-kata sendirian. Mimpi sebenarnya mempunyai tafsiran dan pandangan yang berbeza mengikut masyarakat. Mengikut buku Dreams yang pernah dibacanya Adam cuba mengirai tafsiran mimpinya berdasarkan masyarakat dunia. Dia duduk di birai katil sambil mengingati semula fakta dalam buku yang dibacanya.

“I ingat daripada buku Dreams yang I baca, orang Mesir mentafsirkan mimpi sebagai perintah Tuhan, gambaran masa depan atau pun mimpi sebagai cadangan atau nasihat.”

“You baca pasal mimpi? Nak jadi ahli nujum ke apa?” Adam hanya tergelak mendengar komentar Fairuz. Logik juga kata-kata temannya tadi, apa kaitannya pula mimpi dengan juruterbang. Lainlah kalau benar dia mahu menjadi ahli nujum a.k.a nujum pak belalang.

“Saja aje. Sebenarnya mengkagumkan juga tau, mempelajari perkara lain. You tahu tak, petikan buku itu menyebut masyarakat awal Kristian pula mentafsirkan mimpi sebagai cara Tuhan berkomunikasi dengan manusia.”

“Ya. I ada dengar pasal tu. Kalau sejarah Islam pun ada pernah menyebut perihal mimpi. I tak ingat siapa yang mengkajinya. Malahan Nabi Muhammad s.a.w pun mendapat wahyu daripada Allah melalui mimpi.” Kata-kata Fairuz ada kebenarannya. Adam mendapat semula fakta lain yang pernah dibacanya.

“Baru I ingat, kajian oleh Ibn Arabi menyatakan mimpi boleh dikategorikan sebagai tiga jenis. Pertama mimpi biasa. Agaknya macam mimpi I tadi. Lahirnya mimpi ini daripada pengalaman sendiri melalui cara pandangan dan aspirasi sendiri. Keduanya, Universal soul yang lahirnya daripada kebimbangan dan fikiran sendiri. Ketiga, Revelation dreams yang melahirkan kebenaran. Mimpi jenis ini mestilah diinterpretasi dengan betul.”

“Ya lah tu Adam. Cukuplah pasal mimpi. Kata nak keluar.” Fairuz terus berjalan menghampiri pintu keluar. Adam hanya mengikut dari belakang. `Mungkin hanya mainan tidurku,’ bisik hati Adam perlahan. Adam berjanji kepada dirinya sendiri yang dia akan menghubungi Intan apabila pulang nanti.

No comments:

Post a Comment