Terima kasih daun keladi, silalah bertamu lagi.. Novel , akan datang: Disember 2010

Terima kasih daun keladi, silalah bertamu lagi..  Novel , akan datang: Disember 2010
Sudah terbit Feb 2011

Promo Cinta Sikunang-kunang

Lokasi cinta: Bukit Mertajam (seberang perai),Melaka, New York dan Toulouse (Perancis) Petikan hanya 1/2 bahagian sahaja.
Promo Pengenalan.
Promo Bab 1 Intan Irdina : aku adalah Irdina.(petikan 1-3) Ditamatkan di tempat /situasi yang sama.
Promo Bab 2 Kapten Adam Farqis: aku adalah Adam..Ditamatkan dengan tempat/situasi yang sama.
Promo Bab 3:aku adalah Intan Adeena. Ditamatkan dengan situasi/tempat yang sama..
Promo Bab 4:permulaan bab yang baru. Tiada gantinama 'aku' lagi... (bahagian 1 sahaja)
Promo Bab 5. Cerita mama... (bahagian 1 sahaja)
Promo Bab 6: bahagian 1 sahaja
Promo Bab 7: Bahagian 1 sahaja
Promo Bab 8: Bahagian 1 sahaja
Promo Bab 9: Bahagian 1 sahaja
Promo Bab 10: Bahagian 1 sahaja
Bab Ending.. Bab 10 : Bahagian 9 : akhir bab..
Pendapat pembaca: Lihat Reviews Pembaca.

Followers

Ruang Komentar.. Terima Kasih atas komen/soalan anda..

Wednesday, April 13, 2011

Budaya Portugis yang mempersona.


Kepelbagaian rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa menjadikan negara kita cukup unik. Melihat ke sudut pandangan keunikan tarian dan sambutan meraikan bangsa lain menjadikan saya seronok untuk mempamerkan keunikan tarian Portugis semasa majlis perkahwinan perkahwinan teman Intan...


Petikan:

Kemuncak persembahan, Tarian Portugis bernama Branyo dan Farapeirra diumumkan oleh pengacara majlis menghiasi padang di sisi khemah pengantin. Pakaian yang didominasikan warna merah, hitam dan putih yang dipakai oleh penari cepat menangkap deria penglihatan mereka.

“Baju penari lelaki tu dipanggil Balero, ada waist coat berenda dan bersusun dengan motif bunga, seluarnya mesti ketat, biasanya berwarna hitam serta bergaris di tepinya,” bisik Intan perlahan. Mata mereka merenung pakaian penari perempuan dan lelaki di hadapan mereka. Penari wanitanya pula memakai skirt kembang hitam mencecah ke paras lutut, berstoking putih juga ke paras lurut, jelas menunjukkan ketertiban dan kesopanan pemakai. Skirt dilengkapkan dengan pemakaian blaus berenda. Di kepala penari wanitanya memakai berskaf sementara penari lelaki memakai topi kecil.

“Alat muzik yang dimainkan pula adalah gitar dan tamborin.” Intan membisikkan lagi ke telinga Hill.

“Pandainya you, tahu pulak semua tu.”

“Kan yang plan semua ni untuk Cat. You tak ingat ke, dulu kan I pernah terlibat dengan Kebudayaan Melaka sebagai rakan kongsi Datin Ruby, jadi I hubungi sahaja pegawainya.”

“Oh ya. Nanti you pun boleh rancangan persembahan yang menarik untuk I juga kan?”

“Boleh Hill, tak ada masalah. Masalahnya sekarang cuma you kenalah carikan pengantin lelakinya dulu.”

“Hey. Nakalnya you ni,” Jari manis Hill segera mencucuk di sisi pinggang Intan, berderai ketawa mereka berdua.

Malam yang dingin, cahaya rembulan pula agak terang, menyinari segenap alam. Padang rumput seolah mengeluarkan bauan rumput yang menyegarkan malam, tatkala embun jantan mulai menitik. Hadirin lain sudah lama melangkah pulang ke destinasi masing-masing. Intan dan Hill masih melekap di tempat duduk masing-masing,menanti saat giliran mereka berpeluang meluangkan masa bersama Cat. Akhirnya selepas agak lama juga berada dalam keserahan, Cat menuju ke tempat duduk mereka.

Congratulations friend.” Mereka berdua bangun bergilir-gilir memeluk rakan mereka ini.

“Thanks for coming . It really means a lot to me.

“Don’t mention it, Cat. Kalau kami tak datang, ada yang menangis.” Intan ketawa sambil menutup mulutnya.

“Ini hadiah daripada kami berdua,” segera Hill menghulurkan kad ucapan daripada mereka berdua. Kad yang bergam rapat itu sebenarnya mengandungi wang sebanyak RM 500, pemberian daripada mereka berdua. Intan yang mencadangkan agar mereka berkongsi membelikan wang saguhati sebagai cenderamata bagi menggantikan hadiah-hadiah perkahwinan biasa yang biasanya dihadiahkan kepada pengantin. Logiknya kata Intan, nanti ramai sangat yang akan menghadiahkan pinggan, cawan atau pun hadiah-hadiah lain yang tidak membawa erti kepada pasangan pengantin yang akan memulakan hidup baru. Dengan wang itu, biarlah Cat dan Dan sendiri yang akan menentukan ‘hadiah’ sebenar yang mereka mahukan.

“Cat, nanti jangan nakal tau. Biar nama je Cat, jangan jadi ‘cat’. Jangan berbunyi macam kucing betina dan jantan yang mengurat pasangan tau. Nanti semua orang kecoh.” Intan mengusik sambil ketawa lagi. Di sebalik ketawanya dia menyimpan luka hatinya yang amat pedih. Dengan rasminya hari ini, dia sudah kehilangan Adam buat selama-lamanya.

“You ni Intan. Eh, happy birthday. Hadiah you I dah poskan tau,” cepat-cepat Hill menukar tajuk baru perbualan mereka.

“Eh, terima kasih. Ingat juga you dengan hari jadi I. Ingatkan dah dapat mambang, tak ingat lagi.” Intan masih lagi berselindung perasaan hatinya.

“Tahniah Cat.” Intan bangun lagi dan memeluk temannya Cat. Tanpa dapat ditahan lagi, air matanya mengalir deras. Dia teresak-esak dalam pelukan hangat Cat.

“Intan, kenapa ni. I tak rasa you menangis hanya sebab I dah berkahwin. Kenapa dengan Intan ni, Hill?”

“Hmm, Adam…,” perkataan yang sepatutnya diluah bagai tergamam di kerongkong Hill. Dia tidak sanggup meneruskan kata-kata yang pasti bakal melemaskan perasaan Intan lagi.


.......................

No comments:

Post a Comment