Terima kasih daun keladi, silalah bertamu lagi.. Novel , akan datang: Disember 2010

Terima kasih daun keladi, silalah bertamu lagi..  Novel , akan datang: Disember 2010
Sudah terbit Feb 2011

Promo Cinta Sikunang-kunang

Lokasi cinta: Bukit Mertajam (seberang perai),Melaka, New York dan Toulouse (Perancis) Petikan hanya 1/2 bahagian sahaja.
Promo Pengenalan.
Promo Bab 1 Intan Irdina : aku adalah Irdina.(petikan 1-3) Ditamatkan di tempat /situasi yang sama.
Promo Bab 2 Kapten Adam Farqis: aku adalah Adam..Ditamatkan dengan tempat/situasi yang sama.
Promo Bab 3:aku adalah Intan Adeena. Ditamatkan dengan situasi/tempat yang sama..
Promo Bab 4:permulaan bab yang baru. Tiada gantinama 'aku' lagi... (bahagian 1 sahaja)
Promo Bab 5. Cerita mama... (bahagian 1 sahaja)
Promo Bab 6: bahagian 1 sahaja
Promo Bab 7: Bahagian 1 sahaja
Promo Bab 8: Bahagian 1 sahaja
Promo Bab 9: Bahagian 1 sahaja
Promo Bab 10: Bahagian 1 sahaja
Bab Ending.. Bab 10 : Bahagian 9 : akhir bab..
Pendapat pembaca: Lihat Reviews Pembaca.

Followers

Ruang Komentar.. Terima Kasih atas komen/soalan anda..

Saturday, January 8, 2011

Promo, bab 2

BAB 2 :KAPTEN ADAM FALQISS BIN DATO’ AHMAD FARID
1
Telefon bimbit berdesir laju lagi. Lagu sentimental bertajuk Meaning of love alunan muzik Joe Satriani pun kedengarannya tidak enak menjadi halwa di telinga. Walaupun alunan muziknya menjadi kegemaranku tetapi rentak muziknya yang membangunkan aku daripada lenaku yang panjang tidak aku gemari. Aduh!Siapa pula yang menelefon awal-awal pagi lagi. Mata ligat memandang terus ke skin telefon. Johan. Terasa bagai baru saja melelapkan mataku.
“Johan, awalnya telefon. Ada apa?”Ekor mataku mengerling jam di tangan. Jarum jam Breitlingku baru saja menunjukkan jam 7 pagi.
“Hai. Baru bangun ke? Tak sembahyang subuh ke kawan? Jangan lupa Bachelor party aku tengah hari nanti. Kau tak flykan?” Aduh! Soalan lagi. Sudah berpuluh kali aku memberi jawapan kepadanya. Sudah berkali aku menyatakan bahawa aku akan hadir ke Parti Bujangnya. Entah apalah yang penting sangat untukku hadir ke majlisnya.
“Jangan tak datang tau. Ramai perempuan bujang tau. Elok lah kau cari yang baru. Si Minah cantik kau tu dah lama kahwin tau.”Alamak. Isu Anita yang sudah menamatkan zaman bujangnya sentiasa diheret sama setiap kali dia bicara tentang perempuan. Mentang-mentanglah Anita itu saudara sepupunya. Bosannya mendengar ayat yang sudah ratusan kali diulangnya. Naik bingit telinga dengan ayat-ayat beracunnya yang merombos masuk dan memukul gegendang telinga serta menerjah masuk ke dalam fikiranku.
“Ya lah.kan aku dah bagitau kau, aku akan datang.Tapi tengoklah. Kau pun tahu aku tak gemar parti-parti ni.”
“Okey. Aku hanya mahu ingatkan sahaja. Jangan risau Dam, bukannya parti macam kat US tu. Parti biasa je. Tak ada mabuk-mabuk pun. Saja mahu kumpulkan kawan-kawan kita.”
“Okey.” Aku mesti menjawab ya, kalau tidak sepanjang hari aku akan diasak lagi oleh Johan.

bersambung di buku....
**************

2 comments: