
****************************
“Ibu, Intan yakin sekali dengan pilihan Intan. Intan sudah temui kunang-kunang Intan.”
“Kunang-kunang?” bertanya si ibu lagi dengan perasaan pelik. Entah apa pula analogi yang digunakan Intan kali ini.
“Ibu, kelip-kelip ni hanya muncul di tempat gelap, juga di tempat yang istimewa saja. Datangnya memberi cahaya. Seperti dia juga. Datang bertandang di hati Intan, bercahaya.” Intan Irdina tersenyum lagi. Dia pasti dengan pilihannya kali ini.
*******************Intan Irdina: Cinta yang disimpan untuk Kapten Adam Falqiss berkecai di tengah jalan apabila Adam mengahwini adik kembarnya, Adeena. Dzar Sallehhuddin dan Adi bersaing bagi mendapatkan cinta Exsekutif Ekonomi ini. Dan Adam kembali berjuang bagi meraih cinta setelah isterinya pergi…
Intan Adeena: Kembar yang bukan sahaja sama fizikalnya malah berkongsi lahiliah yang sama. Bersaing
dalam mendapatkan cinta daripada Kapten Adam Falqiss Bin Dato Ahmad Farid. Cukupkah sekadar
menjadi suri rumah? Berbulan madu di Toulouse, Perancis, cukupkah membina cinta? Adeena sering kali
merasakan cintanya dikhianati Adam. Wajarkah perasaannya?
Kapten Adam Falqiss : Intan Irdina adalah ‘ratu hatinya’. Sayangnya jodohnya bersama Intan Adeena. Deena cuba menawarkan cinta, tetapi hatinya telah diisi dengan cintanya kepada Intan Irdina. Sehingga Emily, anaknya lahir, dia cuba menawarkan cinta baru kepada isterinya tetapi ada masih ada masa untuknya, disaat sang maut membayangi isterinya.. Dan dapatkah dia diberi peluang cinta kedua setelah isterinya pergi buat selama-lamanya?
Dzar Sallehhuddin : Cukupkah sekadar memikat cinta Intan Irdina di Puncak Gunung Kinabalu? Dapatkan cinta diraih oleh Usahawan Tani ini? Cukupkah sekadar simpati dan empati?
Andrea Duilio Faustino : Bertemu & menjaring cinta di Bandaraya New York. Adakah pemuda Itali ini akan berjaya menawan hati Intan Irdina yang kegersangan? Kehilangan isterinya Yasmin, cukupkan dia bersedia untuk kehilangan ‘intan’nya juga.
**********************************************************
Bersama kita melayari cinta yang membawa anda mengembara ke Sabah, Negeri di Bawah Bayu,dan mengarak kasih di Bandaraya Toulouse serta Bandaraya terhebat dunia di New York… Realiti cinta hanya untuk yang berani untuk tidak menangisi dan merelakan orang yang tersayang pergi… Bersediakan anda? Realiti hidup, masih adakah peluang kedua untuk cinta!
www.norafuad.blogspot.com
No comments:
Post a Comment