
Epilog : Adalah ringkasan di belakang halaman buku bagi membolehkan pembaca membaca ringkasan cerita yang terdapat dalam buku/novel.
Lelahnya menanggung cinta! Lelahnya menanggung rindu! Perasaan itu sering berasak dalam minda, jiwa, emosi dan fizikal manusia seumpama darah yang mengalir dalam setiap urat saraf yang menjadi nadi nyawa insan. Membayangkan betapa sesaknya hidup kita jika terpaksa sepanjang hayat menanggung cinta dan rindu seorang Adam kepada kekasihnya, Intan Irdina, dan sayangnya kasih mereka terpisah di pertengahan jalan.
Adam meneruskan ikatan perkahwinan dengan kembar kekasihnya bernama Intan Adeena berbekalkan sekelumit perasaan hormat kepada mamanya. Cukupkan sekadar simpati dan empati kepada sang isteri. Mengarak kasih di Tolouse,Perancis, cukupkah berbulan madu dalam menyemarakkan cinta selamanya. Dalam manis dan pahitnya hidup, mereka tempuhi dengan kesabaran, cinta akhirnya berjaya diabadikan di jiwa, walaupun, cinta yang tersimpan lama sebagai memori kekela badi di sudut hati. Di saat kelahiran sang puteri mereka, kasihnya mulai berarah kepada isteri, cintanya lebih bersemarak bagaikan bunga kembang pagi, segar dan mewangi…….Di saat itu bayangan maut mulai mengejar sang isteri tercinta.
Intan hilang membawa dirinya jauh daripada adik kembarnya yang mencuri ‘kekasihnya’. Bolehkah hatinya dibeli lagi oleh pemuda yang dianggap bersikap ‘sadis’ dan terlalu bersikap merendah diri. Puas menghulur simpati, empati dan budi, adakah Dzar Sallehhuddin berjaya membongkar perasaan cinta yang sudah lama beku dan mati di hati Intan. Hatinya mungkinkah lebih dekat takkala berada di puncak Kinabalu? Adakah cinta seindah panorama terindah di Malaysia ini berjaya dicorakkan di bumi di Bawah Bayu?
Mengarak kenangan bersama Yohalis di negeri dengan gelaran ‘Big Apple’, adakah Audrea Duilio Faustino, pemuda berdarah Itali ini dapat lagi menyuburkan cinta yang telah lama mati di hati Intan?
Siapakah yang akhirnya menjadi ‘sikunang-kunang’ Intan iaitu sejenis serangga kecil, yang hadirnya memilih tenpat dan masa serta ketika malam kelam, memberi cahayanya yang gemilang ke seluruh kegelapan.
Cinta mungkin melahirkan ketawa, di sebalik tangisan di mata, hati dan jiwa. Tanpa cinta pula, bagaimana jiwa manusia boleh dihidupkan. Siapakah yang bakal menghidupkan jiwa Intan? Audrea Duilio Faustino? Dzar Sallehhuddin atau Kapten Adam Falqis?
No comments:
Post a Comment