
'Man without soul' itu gelaran saya kepadanya. Dia hidup dengan kegembiraan yang mungkin tidak terdapat dalam jiwanya. Membayangkan rasa bahagia kita tanpa 'soul', actually we're not happy, in that case. Bahagia sepatutnya dirasai dengan fizikal, emosi, rohani dan ingatan/ memori. Dan selalunya kita tidak akan merasai bahagia seandainya kita gagal melepaskan semua perkara yang 'tersendat'; dalam kepala.
Saya bangga dengan 'Foundation' yang ditubuhkan oleh MJ untuk membantu manusia sejagat. Saya bangga dengan bakatnya. Cuma, kenapa dibiarkan diri kita tanpa 'a healthy soul'?
Memfokus kepada watak utama, kembar sulung Intan Irdina yang gagal melepaskan 'sejarah silam' yang melukakan dia menghalang dia untuk merasai bahagia. Seperti yang saya sebutkan, 'man without soul', jadi Intan adalah 'girl/woman without soul'... dia merana kerana membiarkan sejarah mengatur perasaannya, emosinya dan jiwanya. Juga kepada watak, hero saya, Adam Falqis, yang membiarkan jiwanya dibelenggu perasaan cintanya kepada seorang gadis. Walaupun telah mengahwini orang lain, jiwanya kepada gadis yang satu ini...
Ramai di luar sana yang membiarkan hidupnya dibelenggu perasaan atau memori kepada perkara/sejarah /cinta yang lepas-lepas... tidak kepada saya. Lifes move on.. The moral of the story, lepaskan cinta yang lama itu, supaya kita tidak hidup seperti MJ yang boleh dikaitkan, "man without soul'... semoga Allah merahmatinya jika benar dia telah memeluk Islam...
hai kak, bila agaknya novel kak akan keluar ya. Tak saba nak baca kisah ini. Tajuknya pun bunyinya klise.
ReplyDeleteCt Batrisya
Well, bergantung kpd Q Lines di penerbitan. Harapnya cepat juga.
ReplyDelete