Terima kasih daun keladi, silalah bertamu lagi.. Novel , akan datang: Disember 2010

Terima kasih daun keladi, silalah bertamu lagi..  Novel , akan datang: Disember 2010
Sudah terbit Feb 2011

Promo Cinta Sikunang-kunang

Lokasi cinta: Bukit Mertajam (seberang perai),Melaka, New York dan Toulouse (Perancis) Petikan hanya 1/2 bahagian sahaja.
Promo Pengenalan.
Promo Bab 1 Intan Irdina : aku adalah Irdina.(petikan 1-3) Ditamatkan di tempat /situasi yang sama.
Promo Bab 2 Kapten Adam Farqis: aku adalah Adam..Ditamatkan dengan tempat/situasi yang sama.
Promo Bab 3:aku adalah Intan Adeena. Ditamatkan dengan situasi/tempat yang sama..
Promo Bab 4:permulaan bab yang baru. Tiada gantinama 'aku' lagi... (bahagian 1 sahaja)
Promo Bab 5. Cerita mama... (bahagian 1 sahaja)
Promo Bab 6: bahagian 1 sahaja
Promo Bab 7: Bahagian 1 sahaja
Promo Bab 8: Bahagian 1 sahaja
Promo Bab 9: Bahagian 1 sahaja
Promo Bab 10: Bahagian 1 sahaja
Bab Ending.. Bab 10 : Bahagian 9 : akhir bab..
Pendapat pembaca: Lihat Reviews Pembaca.

Followers

Ruang Komentar.. Terima Kasih atas komen/soalan anda..

Sunday, March 6, 2011

Cinta bisa membangunkan pencinta yang 'koma'

“Adam. Intan di sini. Intan sudah maafkan Adam jika kemaafan yang Adam mahukan. Intan berjanji akan meneruskan kehidupan dengan gembira. Sekarang ni Adam perlu bangun, Di perlukan Adam. Dia sudah hampir empat bulan mengandung. You’re going to be a father Adam.” Suara Intan sebak, dia gagal menyambung lagi ayatnya. Sayu dan hiba mengiringi air mata yang berlinang. Perasaan sedih ditinggalkan Adam dahulu, tidaklah sesedih perasan melihat orang yang disayangi terbaring tanpa suara.

“Adam…” Intan gagal meneruskan kata-katanya yang disulami dengan perasaan sebak. “I cannot live… without you. But I don’t want too see you ..like this. Adam…please, open your eyes… for me.” Jemari Adam yang tidak pernah disentuh sebelum ini digenggam erat. Intan terasa kepanasan jemari itu seolah arus elektrik yang mengalir pantas ke dalam salur darahnya. Intan meramas perlahan jemari Adam yang terbaring tanpa kerlipan. Air mutiara jernah mengalir di kelopak matanya dan jatuh menitik ke jemari Adam. Sesekali Intan menjeling Di yang sedang berbaring di sebelah katil Adam. Dia tidak mahu Di terjaga dan menyaksikan dia yang sedang menggenggam erat tangan suaminya. Tiada seorang isteri pun yang tidak akan terguris perasaannya jika jemari suaminya digenggami seorang perempuan lain.

Air mata kekasih bagaikan suatu magnet yang memberi kuasa elektromagnet kepada Adam. Intan menundukkan mukanya ke katil Adam. Jemari Adam tiba-tiba terasa bagaikan bergerak perlahan. Ritma bunyian jantung Intan seolah lagu yang berirama, mencetuskan gerakan jemari tangan Adam bertambah aktif. Ritma jantung Adam yang sudah lama berpalu perlahan seolah memukul laju, seolah menerima isyarat ‘ingin kembali’ dari otaknya. Air mata perempuan yang tersimpan kukuh di dasar hatinya barangkali menjadi penawar kepada RAS Adam yang sudah lama tidak berfungsi.

Secara anatominya, RAS bukan sahaja memandu reaksi dan kesedaran manusia, RAS juga penting dalam menjadikan manusia peka dalam mengasingkan imej dan bunyian dan sebagainya yang tidak diperlukan oleh tubuh manusia. Segala pancaindera manusia seperti penglihatan, bauan, pendengaran, sentuhan menjadi agen penggerak penting dalam menggerakkan RAS bagi menggekalkan sifat ‘sedar’ manusia seterusnya menghasilkan reaksi terhadap sesuatu.

Jemari Adam bergerak dalam kadar perlahan, menggenggam kembali jemari perempuan yang masih menggenggam erat jemarinya yang sudah dibasahi dengan air mata. Jantung Adam berpalu lebih kuat, sekaligus telah berjaya mengepam lima liter darah ke jantungnya. Jantung lelaki yang sudah lama berehat ini seakan sudah bersedia semula untuk bangun semula menikmati mentari cintanya. Sentuhan jemari Intan, gegendang telinga Adam segera menangkap suara sedu sedan Intan yang kadangkala ditenggelami dengan sebakan dan air matanya. Suara kekasihnya yang mendayu seolah mesin enjin yang menghangatkan RAS Adam yang sudah lama menyendiri.

Minda Adam segera memberi refleksi kepada anggota tubuhnya. Aku mahu bangun segera,kekasihku berada di sampingku. Ayuh Adam, bukalah matamu, supaya engkau dapat mengintai kembali wajah yang sudah enam bulan engkau tinggalkan. Bangunlah Adam agar kau boleh menyaksikan sendiri eratnya tanganmu yang dia genggami buat kali pertama. Bangunlah Adam menikmati cinta!

Adam cuba membuka matanya perlahan...

Petikan page 314-315

No comments:

Post a Comment