Terima kasih daun keladi, silalah bertamu lagi.. Novel , akan datang: Disember 2010

Terima kasih daun keladi, silalah bertamu lagi..  Novel , akan datang: Disember 2010
Sudah terbit Feb 2011

Promo Cinta Sikunang-kunang

Lokasi cinta: Bukit Mertajam (seberang perai),Melaka, New York dan Toulouse (Perancis) Petikan hanya 1/2 bahagian sahaja.
Promo Pengenalan.
Promo Bab 1 Intan Irdina : aku adalah Irdina.(petikan 1-3) Ditamatkan di tempat /situasi yang sama.
Promo Bab 2 Kapten Adam Farqis: aku adalah Adam..Ditamatkan dengan tempat/situasi yang sama.
Promo Bab 3:aku adalah Intan Adeena. Ditamatkan dengan situasi/tempat yang sama..
Promo Bab 4:permulaan bab yang baru. Tiada gantinama 'aku' lagi... (bahagian 1 sahaja)
Promo Bab 5. Cerita mama... (bahagian 1 sahaja)
Promo Bab 6: bahagian 1 sahaja
Promo Bab 7: Bahagian 1 sahaja
Promo Bab 8: Bahagian 1 sahaja
Promo Bab 9: Bahagian 1 sahaja
Promo Bab 10: Bahagian 1 sahaja
Bab Ending.. Bab 10 : Bahagian 9 : akhir bab..
Pendapat pembaca: Lihat Reviews Pembaca.

Followers

Ruang Komentar.. Terima Kasih atas komen/soalan anda..

Thursday, April 28, 2011



Penanda Buku untuk anda, PWTC, 1 Mei 2011..Hall 3. KarnaDya. Sila masuk melalui pintu di sebelah kiri sekali, terus sehingga bertemu Booth Sasbadi (karnaDya berada di belakang booth Sasbadi) mulai jam 11- 3 petang.

Friday, April 22, 2011

Jom bertemu ! Mei 2011

Pesta buku datang lagi. Pada tahun ni saya akan berada di both Karnadya, berlokasi Dewan Tun Razak 3: A49-A51 dan A70-A72 PWTC pada 1 Mei 2011.

Wednesday, April 13, 2011

Usrah bersama Dato Dr Fatimah Al Zahraa

Meriah sekali sambutan usrah di rumah Datin Fieza. Keriuhan bersarapan ‘pot luck’ bersama merupakan ikatan persaudaraan yang tepat sekali, berjaya dipamerkan di ruang banglo ini. Khemah makanan yang dipasangkan di luar rumah disediakan bagi mengisi pelbagai jenis makanan yang dibawa oleh tetamu-tetamu yang datang untuk mendengar usrah Dato’ Dr Fatimah Al-Zahraa. Segera Di dan ibunya diperkenalkan dengan penceramah.

“Dato’, kenalkan ini menantu baru saya, Intan Adeena. Ini besan saya, Siti Sarah.” Mereka segera bersalaman dengan tokoh tersohor itu.

“Minta maaflah, hari itu saya tak dapat menghadiri majlis perkahwinan Adam dan Deena. Kebetulan masa itu, kami sekeluarga pulang ke Mesir menghadiri majlis keluarga saya di sana.” Ucapan yang dipertuturkan Dato’ Dr Fatimah jelas menunjukkan kesopanan dan keramahannya, sesuai dengan usrah yang selalu diucapkannya. Orang Islam mestilah sopan, ramah dan jangan meninggi diri. Ternyata sekali tokoh ini mempraktikkan dengan jelas usrah yang selalu dinyatakannya.

“Tak mengapalah Dato’. Yang penting, hari ini kita dapat bersama lagi. Dato’ patut rasa kek keju menantu saya ni. Dia buat sendiri.” Segera Datin Zurina membawa Dato’ Dr Fatimah ke meja utama lagi, mengambil sepotong kek keju. Di tersenyum sendiri, malu-malu. Ibu dan Di segera mengikuti Datin Zurina ke meja utama.

Segera mereka membondong-bondong masuk menuju ke ruang utama di mana usrah akan dimulakan pada jam sembilan pagi. Dalam usrahnya hari ini, tokoh agama tersohor ini akan membincangkan keberkatan Surah Yaasin.

Ustazah Dato’ Dr Fatimah al-Zahraa segera menjelaskan bahawa ayat pertama Surah Yassin sehingga ayat sembilan boleh digunakan untuk perlindungan diri.

“Ayat 12 pula merupakan jantung al-Quran yang sepatutnya dihafal oleh setiap muslimim. Seperti juga jantung manusia, ayat ini menjadi jantung yang menggerakkan kefahaman kita terhadap al-Quran,” terang Dato’ Dr Fatimah. Para tetamu semuanya kelihatan tekun mendengar penjelasan Dato’ sambil merujuk kepada terjemahan al-Quran atau terjemahan Surah Yassin. Setiap ayat daripada Surah Yaasin dikupas dengan berkesan. Sesudah usrah tamat, mereka segera mengambil air sembahyang untuk menunaikan sembahyang Zuhur secara berjemaah.

Budaya Portugis yang mempersona.


Kepelbagaian rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa menjadikan negara kita cukup unik. Melihat ke sudut pandangan keunikan tarian dan sambutan meraikan bangsa lain menjadikan saya seronok untuk mempamerkan keunikan tarian Portugis semasa majlis perkahwinan perkahwinan teman Intan...


Petikan:

Kemuncak persembahan, Tarian Portugis bernama Branyo dan Farapeirra diumumkan oleh pengacara majlis menghiasi padang di sisi khemah pengantin. Pakaian yang didominasikan warna merah, hitam dan putih yang dipakai oleh penari cepat menangkap deria penglihatan mereka.

“Baju penari lelaki tu dipanggil Balero, ada waist coat berenda dan bersusun dengan motif bunga, seluarnya mesti ketat, biasanya berwarna hitam serta bergaris di tepinya,” bisik Intan perlahan. Mata mereka merenung pakaian penari perempuan dan lelaki di hadapan mereka. Penari wanitanya pula memakai skirt kembang hitam mencecah ke paras lutut, berstoking putih juga ke paras lurut, jelas menunjukkan ketertiban dan kesopanan pemakai. Skirt dilengkapkan dengan pemakaian blaus berenda. Di kepala penari wanitanya memakai berskaf sementara penari lelaki memakai topi kecil.

“Alat muzik yang dimainkan pula adalah gitar dan tamborin.” Intan membisikkan lagi ke telinga Hill.

“Pandainya you, tahu pulak semua tu.”

“Kan yang plan semua ni untuk Cat. You tak ingat ke, dulu kan I pernah terlibat dengan Kebudayaan Melaka sebagai rakan kongsi Datin Ruby, jadi I hubungi sahaja pegawainya.”

“Oh ya. Nanti you pun boleh rancangan persembahan yang menarik untuk I juga kan?”

“Boleh Hill, tak ada masalah. Masalahnya sekarang cuma you kenalah carikan pengantin lelakinya dulu.”

“Hey. Nakalnya you ni,” Jari manis Hill segera mencucuk di sisi pinggang Intan, berderai ketawa mereka berdua.

Malam yang dingin, cahaya rembulan pula agak terang, menyinari segenap alam. Padang rumput seolah mengeluarkan bauan rumput yang menyegarkan malam, tatkala embun jantan mulai menitik. Hadirin lain sudah lama melangkah pulang ke destinasi masing-masing. Intan dan Hill masih melekap di tempat duduk masing-masing,menanti saat giliran mereka berpeluang meluangkan masa bersama Cat. Akhirnya selepas agak lama juga berada dalam keserahan, Cat menuju ke tempat duduk mereka.

Congratulations friend.” Mereka berdua bangun bergilir-gilir memeluk rakan mereka ini.

“Thanks for coming . It really means a lot to me.

“Don’t mention it, Cat. Kalau kami tak datang, ada yang menangis.” Intan ketawa sambil menutup mulutnya.

“Ini hadiah daripada kami berdua,” segera Hill menghulurkan kad ucapan daripada mereka berdua. Kad yang bergam rapat itu sebenarnya mengandungi wang sebanyak RM 500, pemberian daripada mereka berdua. Intan yang mencadangkan agar mereka berkongsi membelikan wang saguhati sebagai cenderamata bagi menggantikan hadiah-hadiah perkahwinan biasa yang biasanya dihadiahkan kepada pengantin. Logiknya kata Intan, nanti ramai sangat yang akan menghadiahkan pinggan, cawan atau pun hadiah-hadiah lain yang tidak membawa erti kepada pasangan pengantin yang akan memulakan hidup baru. Dengan wang itu, biarlah Cat dan Dan sendiri yang akan menentukan ‘hadiah’ sebenar yang mereka mahukan.

“Cat, nanti jangan nakal tau. Biar nama je Cat, jangan jadi ‘cat’. Jangan berbunyi macam kucing betina dan jantan yang mengurat pasangan tau. Nanti semua orang kecoh.” Intan mengusik sambil ketawa lagi. Di sebalik ketawanya dia menyimpan luka hatinya yang amat pedih. Dengan rasminya hari ini, dia sudah kehilangan Adam buat selama-lamanya.

“You ni Intan. Eh, happy birthday. Hadiah you I dah poskan tau,” cepat-cepat Hill menukar tajuk baru perbualan mereka.

“Eh, terima kasih. Ingat juga you dengan hari jadi I. Ingatkan dah dapat mambang, tak ingat lagi.” Intan masih lagi berselindung perasaan hatinya.

“Tahniah Cat.” Intan bangun lagi dan memeluk temannya Cat. Tanpa dapat ditahan lagi, air matanya mengalir deras. Dia teresak-esak dalam pelukan hangat Cat.

“Intan, kenapa ni. I tak rasa you menangis hanya sebab I dah berkahwin. Kenapa dengan Intan ni, Hill?”

“Hmm, Adam…,” perkataan yang sepatutnya diluah bagai tergamam di kerongkong Hill. Dia tidak sanggup meneruskan kata-kata yang pasti bakal melemaskan perasaan Intan lagi.


.......................

Saturday, April 9, 2011

Sembang-sembang tentang novel...

Saya kurang seronok bersekolah ganti pada hari sabtu. Kehadiran students biasanya akan berkurang. Entah atas apa juga sebabnya. Saya meminta murid saya menghabiskan latihan yang saya beri sebelum ini, sambil itu menerangkan jika ada soalan tentang subjek.

Dan kebetulan ada murid yang bertanya perihal novel saya. Jadi saya menjawab soalan mereka.
Soalan pertama: Adakah novel saya novel cinta, sebab tajuknya sahaja, sudah menyebut tentang cinta? Ialah bunyinya pun, Dimensi Cinta (DC) dan Cinta Sikunang-kunang (CSKK)

Saya jawab: Ya dan tidak. Ya untuk mengandungi elemen cinta. Cintakan sebahagian daripada hidup kita. Seperti kata Leo Buscaglia, Love is alife. Tanpa cinta (kasih sayang) seperti mana pernah disebut dalam hadis, nescaya, seekor kuda betina tidak akan mengangkat kakinya supaya tidak terpijak akan anaknya. Tidak pula untuk mengatakan sepenuhnya novel-novel itu hanya berbicarakan soal "cinta".

Well kata saya, "cinta" bukan mengawal hidup kita..kita yang mengawal 'cinta' supaya kehidupan kita terurus. Lalu saya terangkan apa yang ada di dalam novel saya. Info, bolehlah anda merujuk kepada link-link kepada novel DC dan CSKK.

Niat saya, saya ingin jadikan novel saya berkonsepkan K-Novel (knowledge novel) novel yang bukan sahaja bercerita mengenali watak dan perwatakan, latar tempat, sejarah tempat, tugasan pekerjaan, ilmu perubatan, senibina, muzik dan banyak lagi! Saya percaya, konsep Minda kelas pertama yang dilaungkan kerajaan dan negara, Malaysia, boleh dijayakan jika rakyat kita mulai minat membaca dan mendapat manfaat daripada bahan tulisan yang memberi kesan bukan sahaja kepada jiwa tetapi menjadi terapi minda!

Pendek kata, penatlah juga menjawab pelbagai soalan mereka... Saya berharap, buku-buku saya yang ditempah nanti,(dibeli minggu hadapan) dan dibaca akan berjaya mengubah minat mereka terhadap penulisan novel bahasa kebangsaan(actually dalam novel saya ada juga tulisan bahasa inggeris.. sebab nak bagi natural, mestilah ada kan...) sebab murid-murid saya ni kurang minat membaca bahan Bahasa Malaysia.. (aduhai, anak Malaysia)