Terima kasih daun keladi, silalah bertamu lagi.. Novel , akan datang: Disember 2010

Terima kasih daun keladi, silalah bertamu lagi..  Novel , akan datang: Disember 2010
Sudah terbit Feb 2011

Promo Cinta Sikunang-kunang

Lokasi cinta: Bukit Mertajam (seberang perai),Melaka, New York dan Toulouse (Perancis) Petikan hanya 1/2 bahagian sahaja.
Promo Pengenalan.
Promo Bab 1 Intan Irdina : aku adalah Irdina.(petikan 1-3) Ditamatkan di tempat /situasi yang sama.
Promo Bab 2 Kapten Adam Farqis: aku adalah Adam..Ditamatkan dengan tempat/situasi yang sama.
Promo Bab 3:aku adalah Intan Adeena. Ditamatkan dengan situasi/tempat yang sama..
Promo Bab 4:permulaan bab yang baru. Tiada gantinama 'aku' lagi... (bahagian 1 sahaja)
Promo Bab 5. Cerita mama... (bahagian 1 sahaja)
Promo Bab 6: bahagian 1 sahaja
Promo Bab 7: Bahagian 1 sahaja
Promo Bab 8: Bahagian 1 sahaja
Promo Bab 9: Bahagian 1 sahaja
Promo Bab 10: Bahagian 1 sahaja
Bab Ending.. Bab 10 : Bahagian 9 : akhir bab..
Pendapat pembaca: Lihat Reviews Pembaca.

Followers

Ruang Komentar.. Terima Kasih atas komen/soalan anda..

Wednesday, April 13, 2011

Usrah bersama Dato Dr Fatimah Al Zahraa

Meriah sekali sambutan usrah di rumah Datin Fieza. Keriuhan bersarapan ‘pot luck’ bersama merupakan ikatan persaudaraan yang tepat sekali, berjaya dipamerkan di ruang banglo ini. Khemah makanan yang dipasangkan di luar rumah disediakan bagi mengisi pelbagai jenis makanan yang dibawa oleh tetamu-tetamu yang datang untuk mendengar usrah Dato’ Dr Fatimah Al-Zahraa. Segera Di dan ibunya diperkenalkan dengan penceramah.

“Dato’, kenalkan ini menantu baru saya, Intan Adeena. Ini besan saya, Siti Sarah.” Mereka segera bersalaman dengan tokoh tersohor itu.

“Minta maaflah, hari itu saya tak dapat menghadiri majlis perkahwinan Adam dan Deena. Kebetulan masa itu, kami sekeluarga pulang ke Mesir menghadiri majlis keluarga saya di sana.” Ucapan yang dipertuturkan Dato’ Dr Fatimah jelas menunjukkan kesopanan dan keramahannya, sesuai dengan usrah yang selalu diucapkannya. Orang Islam mestilah sopan, ramah dan jangan meninggi diri. Ternyata sekali tokoh ini mempraktikkan dengan jelas usrah yang selalu dinyatakannya.

“Tak mengapalah Dato’. Yang penting, hari ini kita dapat bersama lagi. Dato’ patut rasa kek keju menantu saya ni. Dia buat sendiri.” Segera Datin Zurina membawa Dato’ Dr Fatimah ke meja utama lagi, mengambil sepotong kek keju. Di tersenyum sendiri, malu-malu. Ibu dan Di segera mengikuti Datin Zurina ke meja utama.

Segera mereka membondong-bondong masuk menuju ke ruang utama di mana usrah akan dimulakan pada jam sembilan pagi. Dalam usrahnya hari ini, tokoh agama tersohor ini akan membincangkan keberkatan Surah Yaasin.

Ustazah Dato’ Dr Fatimah al-Zahraa segera menjelaskan bahawa ayat pertama Surah Yassin sehingga ayat sembilan boleh digunakan untuk perlindungan diri.

“Ayat 12 pula merupakan jantung al-Quran yang sepatutnya dihafal oleh setiap muslimim. Seperti juga jantung manusia, ayat ini menjadi jantung yang menggerakkan kefahaman kita terhadap al-Quran,” terang Dato’ Dr Fatimah. Para tetamu semuanya kelihatan tekun mendengar penjelasan Dato’ sambil merujuk kepada terjemahan al-Quran atau terjemahan Surah Yassin. Setiap ayat daripada Surah Yaasin dikupas dengan berkesan. Sesudah usrah tamat, mereka segera mengambil air sembahyang untuk menunaikan sembahyang Zuhur secara berjemaah.

No comments:

Post a Comment